KE MANA KITE NI????
SABAH OK BAH!
Seperti mana biasa, apabila kita dah penat bekerja, kita
perlukan masa untuk rehat.. kita bukan macam robot, boleh bekerja sentiasa, dan
kalau rosak, ada alat ganti. So, setelah berpenat lelah bekerja, tiba cuti Deepavali,
kebetulan, cuti 5 hari.. Ini lah masa untuk self reward kata orang. pada
asalnya tak merancang pun untuk pergi bercuti masa cuti Deepavali ni. Tapi
memandangkan ayah dan ibu mertua ajak pergi bercuti, maka mula perancangan
untuk berjalan-jalan.
Kali ini, percutiannya jauh sedikit je. tapi perlu naik
kapal terbang. KE MANA KITA NII??? Ke Sabah la kita. Dah lama teringin untuk ke
Sabah, sebab Sabah antara tempat pelancongan yang memang menarik, terutamanya
kawasan perairannya seperti di Semporna. tetapi untuk kali ini, kita tidak ke
sana. tetapi ke gunung. Nak panjat gunung Kinabalu? oh tidak, dengan ada si
anak kecil 2 tahun, tidak sesuai rasanya nak memanjat. Destinasi utama kali ini
ialah Kundasang.
Mungkin ada yang tertanya ada apa di Kundasang tu? Saya juga
pernah bertanyakan soalan itu dalam hati. Yang pasti melalui gambaran dan juga
foto-foto pelancong yang hadir, memberika satu gambaran yang hebat dan menarik.
Untuk makluman, Kundasan merupakan kawasan tanah tinggi,
kalau di semenanjung macam di Cameron. Tetapi jika di Cameron kita boleh lihat
banyak pokok bunga, dan strawberi. Di Kundasang tidak. tetapi, apa yang anda
akan dapat di kundasang adalah satu ketenangan dan kenikmatan apabila melihat
ciptaan Allah. Kawasan yang sangat cantik. Suasana sejuk, pemandangan yang
indah. Sangat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk pengangkutan dan
penginapan.
Diari Trip KUNDASANG..
Untuk ke Kundasang, perlu naik flight ke Kota Kinabalu (KK),
dan naik kenderaan darat untuk naik ke Kundasang. Memandangkan ianya kawasan
Tanah Tinggi, maka jalan untuk ke sana semestinya mencabar. Bengkang bengkok,
dan kenderaan perlu bekerja keras untuk memanjat ke atas. Pada waktu siang,
dikatakan banyak kereta berehat di tepi jalan sebab overheat enjin, bila dah
ok, sambung lagi. Kebetulan, kami naik ke
Kundasang pada waktu malam.Kurang risiko nak overheat (Saga FLX 1.3,
naik 4 dewasa dan 1 kanak-kanak). Apa yang nak disebut di sini, apabiila bangun
pagi, apabila berada di beranda bilik
hotel, dapat dilihat keindahan Gunung Kinabalu, sangat dekat , sangat jelas,
sangat cantik. Dream World Resort, Kundasang.
Kemudian kami ke Desa Cattle Dairy Farm, menempatkan lembu-lembu
bagu tujuan industri tenusu. Di sini lah yang dikatakan saperti di New Zealand.
Sangat cantik, kawasan yang luas, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Cuma
pada hari cuti sekolah, keadaan memang sesak, ramai orang. Di sini anda boleh
lihat, cara mereka dapatkan susu lembu sebelum di proses pada waktu tertentu
sahaja. Kundasang, adalah salah satu tempat yang sesuai untuk merehatkan minda,
menenangkan fikiran. Tidak rugi rasanya datang ke sini. Bayaran masuk hanya RM5 seorang.
SEAFOOD DI KK.
Bermalam di Kundansang 1 malam, malam kedua di KK. Di Sabah,
semestinya tarikannya adalah makan laut yang murah dan banyak. malam kedua
pula, kami pergi makan berdekatan dengan pasar filipin. Di sini, banyak pilihan
gerai, pilih la yang mana-mana, ikut gerak hati masing-masing, Di sini boleh
dikatakan ikut nasib anda la, kecuali anda ada geng yang tahu kedai mana yang
betul-betul terbaik. Yang pasti, di mana- mana gerai anda makan, tidak akan dapat di
semenanjung.Malam kedua kami menginap di Borneo Vista Suites/Sky Hotelq. Sangat berpuas hati dengan keadaan
penginapan. bertepatan dengan rate yang diperoleh mereka iaitu 8.3 daripada 10.
Tak banyak tempat
kami lawati, atas sebab kekangan masa. tetapi ada tempat lain yang anda boleh
pergi, seperti Fish Spa Ikan Kelah, Air Panas Poring, Sabah Tea. Tambahan lain,
War Memorial Park, Rumah terbalik,
Gambar 3D dan lain-lain.
INI ADALAH KOS PERBELANJAAN.
1. Tiket Flight (air asia AK5112/AK5119) : RM 390 (return) x
5 (4 dewasa 1 kanak-kanak) = RM1950 + **RM109 = RM2059
**Tambahan dibuat untuk makan 3 orang sehala sahaja, pilih
seat pergi balilk untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak =RM109
***ada tiket lagi murah kalo kena masa dan tarikhnya.
2. Kenderaan : RM 130
X 2 hari = RM 260 + **RM50 = RM310
*Proton saga FLX
** Minyak, ( sekali isi sahaja )
3. Penginapan :
a. Dream world Hotel (mesilou kundasang)
1 malam = RM200 +RM80 (extra bed)=RM280
*bilik superior, 2 katil super single. tiada brakefast,
tetapi ada restoran hotel. anda boleh beli makanan di pekan kundasang terlebih
dahulu dan bawa naik ke atas untuk makan malam atau sarapan. jika tidak, tidak
berbaloi untuk turun dan naik semula ke Dream World Hotel. pilihan lain, makan
di restoren yang disediakan. tapi mhal sikit la.
b. Borneo Vista suites Hotel di KK sekali dengan SKY Hotel.
1 malam RM340
* (tiada brakefast) . boleh cari di sekitar pasar filipin.
dan berdekatan 7eleven.
* ada ruang tamu, tamu, meja makan dan perkakas dapur
disediakan seperti, periuk, pisau senduk, papan pemotong, sudu, garfu. dan
lain-lain
*bilk tiduk 1 ada 2 katil quenn dan 1 lagi bilik ada 1 katil single. 2 toilet
* boleh menempatkan sehingga 5 orang, tapi 7 8 orang pn
boleh sebenarnya.
* swimming pool roof top, boleh Nampak kapal terbang naik,
samada dari swimming pool mahupun di bilik.
*parking kereta yang memuaskan.
* hanya 5 hingga 10 minit dari airport.
c. MAKAN SEAFOOD di KK : RM170
*ikan merah ( sebelah di bakar, sebelah lagi 3 rasa)
*sotong goreng tepung
*kailan
*kerang dan lala sikit
*lobster seekor
*2 air jus durian belanda (betul-betul jus, bukan cordial)
*1 jus avokador
*air suam (free)
--------------- TOTAL RM3159 untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak.
Dibahagi kepada 4 orang dewasa = RM790/pax------------------------- *tak
termasuk shoping dan makan-makan lain.
waktu perjalanan :
28hb 10 2016 (jumaat)
12.35 tgh hari naik flight klia 2
3.10 tiba KK
terus ke telipok (rumah saudara)
6.30 bergerak kundasang.
9.00 malam tiba di dreamworld hotel
29hb 10 2016 (sabtu)
7.30 sarapan
8.30 ke Desa dairy farm
10.30 bergerak ke pecan kundasang
11.00 makan di pecan kundasang
11.30 turun ke KK
2.30 check in hotel di KK
7.30 malam makan malam di Pasar Filipin
30hb10 2016 (ahad)
7.30 cari sarapan
9.00 mandi pool
12.00 check out
12.30 ke pasar filipin, beli-beli buah tangan
3.00 ke airport
7.35 flight ke KLIA2
*kalau kena pada masa, anda boleh dapat harga tiket flight
yang lebih murah.
*kami tak banyak shoping. sebab tujuan kami untuk relax2,.
tapi salah 1 tempat shoping yang anda boleh pegi adalah di pasar fiipin.
*selamat berjalan ke Sabah
*jika anda naik kenderaan, boleh jimat untuk parking kereta di stesen ERL PUTRAJAYA, dgn kos sehari lebih kurang RM4, berbanding di klia yang kosnya jauh lebih tinggi Daripada stesen ERL putrajaya ke KLIA 2 mengambil masa 20 minit. setiap 30 minit ada ERL akan stop ambil penumpang. dan pada peak hour setiap 15 minit, tambang RM9.40 sehala kalau tak silap.
maaf ye..gambar terabur.. hehe.. di borneo vista hotel, disediakan dengan pelbagai kelngkapan, sperti pinggan mangkuk, periuk, dapur, sabun joy basuh pinggan, pisau, senduk sudu garfu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan