Memaparkan catatan dengan label KEWANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEWANGAN. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2017

PENGELUARAN DUIT KWSP

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELUARKAN WANG SIMPANAN KWSP

Tidak dinafikan, hari ini, pembangunan di Malaysia begitu pesat membangun. Infrastrukturnya yang lengkap, menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju. Oleh itu, perbelanjaan seharian juga turut meningkat. Kos sara hidup kini jauh lebih tinggi. Harga rumah, minyak petrol, mahupun makanan meningkat sama sekali. sebagai satu langkah yang diambil oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia adalah dengan mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui akaun kedua.. sedikit sebanyak melalui pengeluaran duit ini. perbelanjaan dan hutang-hutang dapat ditampung da meringankan beban kewangan seseorang.

Jadi, kali ini, ingin diceritakan tentang bagaimana untuk membuat permohonan pengeluaran duit kwsp ini. sebelum itu, saya adalah merupakan kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berkhidmat di sekolah rendah. Setelah mendapat surat sah taraf pencen, boleh la buat pengeluaran duit kwsp tu. Cuma sesetengah kerani, menggalakkan pengeluaran dibuat selepas berhenti pemotongan kwsp. (boleh rujuk slip gaji masing-masing). Makluman, saya membuat pengeluaran sebelum berhenti pemotongan KWSP. Ini bermakna, saya perlu buat pengeluaran kali kedua, kerana masih ada baki yang belum dikeluarkan. Tetapi cara pengeluaran pertama dan kedua adalah berbeza. Di bawah ini adalah cara bagaimana saya membuat pengeluaran duit kwsp.

1. SURAT PEMBERIAN TARAF PENCEN
Anda akan menerima surat Pemberian Taraf Berpencen. selepas menerima surat ini, anda sudah boleh buat permohonan pengeluaran.


contoh surat pemberian taraf pencen
2. BORANG PERMOHONAN KWSP (9J) DAN LAMPIRAN A (AKUAN PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN)
Seterusnya boleh dapatkan 2 borang iaitu 9J dan Lampiran A. Borang ini boleh dapat daripada KWSP yang terdekat atau melalui laman web KWSP. Sekiranya anda dapatkan di KWSP, anda perlu bawa ke sekolah untuk isi dan dapatkan tanda tangan Guru Besar. dan pergi KWSP sekali lagi untuk submit borang permohonan. Sekiranya anda print melalui laman web, anda boleh terus isi dan print, atau print dan isi, seterusnya dapatkan tanda tangan Guru Besar dan cop sekolah, kemudian boleh terus bawa ke KWSP untuk submit borang. 

cara melalui laman web. layari laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home
1st (klik pada jenins-jenis pengeluaran)

2nd (pilih pengeluaran pekerja berpencen dan pesara pilihan)

3rd (klik pada dua borang tersebut. (9J) dan lampiran A

untuk borang 9J boleh isi terus dan print, atau print dahulu dan isi secara manual


ini adalah Lampiran A. boleh isi dan print atau print dahulu dan isi secara manual
3. SURAT PENGESAHAN PERLANTIKAN
Pastikan juga anda ada surat pengesahan lantikan, bukan pengesahan jawatan. Surat di mana, kita dilantik dan ditempatkan untuk berkhidmat. 

contoh surat lantikan

4. SEDIAKAN DOKUMEN YANG PERLU
Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut :
1. surat lantikan (original dan salinan)
2. surat pemberian berpencen (original dan salinan)
3. borang 9J dan Lampiran A (di tandatangan Guru Besar dan cop Sekolah@jabatan)
4. slip gaji terkini
5. salinan penyata akaun bank yang anda pilih untuk duit ini dimasukkan nanti..

5. HANTAR KE KWSP
Setelah dokumen tadi disediakan, boleh terus ke KWSP yang berhampiran untuk di hantar dan buat permohonan. Masa yang diambil hanya beberapa minit sahaja. kalau lama pun sebab tunggu giliran. pengalaman saya buat di KWSP Johor Bahru, saya lihat angka giliran hampir 100 orang. tetapi kaunter dibuka banyak dan, saya menunggu selama 40 minit, dan masa yang diambil semasa berurusan di kaunter hampir 5 minit sahaja.  setelah permohonan dibuat, anda akan dimaklumkan, duit tersebut akan di bank in ke akaun anda dalam masa 21 hari bekerja. Syukur, tidak sampai 10 hari bekerja, duit telah di bank in ke akaun saya.

6. PENYATA PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN
Selepas duit tersebut di bank in ke akaun anda, anda akan menerima penyata pelepasan caruman kerajaan. Ia di hantar ke alamat rumah anda.

No automatic alt text available.
contoh penyata pelepasan caruman kerajaan

Akhir sekali, setelah selesai semua ini, jangan lupa untuk membersihkan duit ini tadi dengan mengeluarkan sebahagian duit itu tadi dan disalurkan untuk derma dan bantuan. Tambahan lain, anda turut digalakkan untuk membuat pembayaran zakat daripada hasil duit yang anda dapat itu. cara pengiraannya adalah seperti berikut :

*rujuk penyata pelepasan caruman kerajaan
A) CARA BERSIHKAN DIVIDEN HARAM
70% x dividen = Hasil yang perlu dibersihkan
Contoh :
70% x RM 843.73* = RM590.61
* Dividen yg boleh dikeluarkan oleh ahli - rujuk surat kat bahagian (e)
B) CARA KIRA ZAKAT KWSP
2.5% x (Jumlah KWSP yang boleh dikeluarkan - Hasil dividen yang haram) = Jumlah zakat yang perlu dibayar
Contoh :
2.5% x (RM19597.37 - RM590.61)* = RM475.17
* Rujuk surat kat bahagian (e)
Nota :
1. Hasil dividen haram ni boleh disedekahkan kepada adik beradik miskin, fakir miskin atau saudara mara miskin, badan kebajikan, masjid, anak yatim, aman palestin dan sebagainya.
2. Zakat KWSP ni khilaf (ulama berbeza pandangan), sebahagian ulama kata tak perlu, sebab belum cukup haul (tempoh setahun). Tapi kalau nak beri, boleh diberi kepada pusat zakat atau asnaf.
3. Kalau pengeluaran KWSP kurang dari nisab (tahun ni nisab lebih kurang RM13000), maka tak wajib zakat. Jumlah nisab ni sentiasa berubah dan boleh rujuk laman web zakat negeri masing-masing.
4. Pembersihan ni wajib dibuat untuk elakkan kita guna duit yang haram. Tapi bagi yang dah tukar simpanan syariah, tak perlu lagi guna pengiraan ni. Sebab jawatankuasa fatwa kebangsaan dah keluarkan kenyataan iaitu tak perlu buat pembersihan dividen sekiranya dah tukar ke simpanan syariah.