Selasa, 17 Januari 2017

PENGELUARAN DUIT KWSP

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELUARKAN WANG SIMPANAN KWSP

Tidak dinafikan, hari ini, pembangunan di Malaysia begitu pesat membangun. Infrastrukturnya yang lengkap, menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju. Oleh itu, perbelanjaan seharian juga turut meningkat. Kos sara hidup kini jauh lebih tinggi. Harga rumah, minyak petrol, mahupun makanan meningkat sama sekali. sebagai satu langkah yang diambil oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia adalah dengan mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui akaun kedua.. sedikit sebanyak melalui pengeluaran duit ini. perbelanjaan dan hutang-hutang dapat ditampung da meringankan beban kewangan seseorang.

Jadi, kali ini, ingin diceritakan tentang bagaimana untuk membuat permohonan pengeluaran duit kwsp ini. sebelum itu, saya adalah merupakan kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berkhidmat di sekolah rendah. Setelah mendapat surat sah taraf pencen, boleh la buat pengeluaran duit kwsp tu. Cuma sesetengah kerani, menggalakkan pengeluaran dibuat selepas berhenti pemotongan kwsp. (boleh rujuk slip gaji masing-masing). Makluman, saya membuat pengeluaran sebelum berhenti pemotongan KWSP. Ini bermakna, saya perlu buat pengeluaran kali kedua, kerana masih ada baki yang belum dikeluarkan. Tetapi cara pengeluaran pertama dan kedua adalah berbeza. Di bawah ini adalah cara bagaimana saya membuat pengeluaran duit kwsp.

1. SURAT PEMBERIAN TARAF PENCEN
Anda akan menerima surat Pemberian Taraf Berpencen. selepas menerima surat ini, anda sudah boleh buat permohonan pengeluaran.


contoh surat pemberian taraf pencen
2. BORANG PERMOHONAN KWSP (9J) DAN LAMPIRAN A (AKUAN PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN)
Seterusnya boleh dapatkan 2 borang iaitu 9J dan Lampiran A. Borang ini boleh dapat daripada KWSP yang terdekat atau melalui laman web KWSP. Sekiranya anda dapatkan di KWSP, anda perlu bawa ke sekolah untuk isi dan dapatkan tanda tangan Guru Besar. dan pergi KWSP sekali lagi untuk submit borang permohonan. Sekiranya anda print melalui laman web, anda boleh terus isi dan print, atau print dan isi, seterusnya dapatkan tanda tangan Guru Besar dan cop sekolah, kemudian boleh terus bawa ke KWSP untuk submit borang. 

cara melalui laman web. layari laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home
1st (klik pada jenins-jenis pengeluaran)

2nd (pilih pengeluaran pekerja berpencen dan pesara pilihan)

3rd (klik pada dua borang tersebut. (9J) dan lampiran A

untuk borang 9J boleh isi terus dan print, atau print dahulu dan isi secara manual


ini adalah Lampiran A. boleh isi dan print atau print dahulu dan isi secara manual
3. SURAT PENGESAHAN PERLANTIKAN
Pastikan juga anda ada surat pengesahan lantikan, bukan pengesahan jawatan. Surat di mana, kita dilantik dan ditempatkan untuk berkhidmat. 

contoh surat lantikan

4. SEDIAKAN DOKUMEN YANG PERLU
Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut :
1. surat lantikan (original dan salinan)
2. surat pemberian berpencen (original dan salinan)
3. borang 9J dan Lampiran A (di tandatangan Guru Besar dan cop Sekolah@jabatan)
4. slip gaji terkini
5. salinan penyata akaun bank yang anda pilih untuk duit ini dimasukkan nanti..

5. HANTAR KE KWSP
Setelah dokumen tadi disediakan, boleh terus ke KWSP yang berhampiran untuk di hantar dan buat permohonan. Masa yang diambil hanya beberapa minit sahaja. kalau lama pun sebab tunggu giliran. pengalaman saya buat di KWSP Johor Bahru, saya lihat angka giliran hampir 100 orang. tetapi kaunter dibuka banyak dan, saya menunggu selama 40 minit, dan masa yang diambil semasa berurusan di kaunter hampir 5 minit sahaja.  setelah permohonan dibuat, anda akan dimaklumkan, duit tersebut akan di bank in ke akaun anda dalam masa 21 hari bekerja. Syukur, tidak sampai 10 hari bekerja, duit telah di bank in ke akaun saya.

6. PENYATA PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN
Selepas duit tersebut di bank in ke akaun anda, anda akan menerima penyata pelepasan caruman kerajaan. Ia di hantar ke alamat rumah anda.

No automatic alt text available.
contoh penyata pelepasan caruman kerajaan

Akhir sekali, setelah selesai semua ini, jangan lupa untuk membersihkan duit ini tadi dengan mengeluarkan sebahagian duit itu tadi dan disalurkan untuk derma dan bantuan. Tambahan lain, anda turut digalakkan untuk membuat pembayaran zakat daripada hasil duit yang anda dapat itu. cara pengiraannya adalah seperti berikut :

*rujuk penyata pelepasan caruman kerajaan
A) CARA BERSIHKAN DIVIDEN HARAM
70% x dividen = Hasil yang perlu dibersihkan
Contoh :
70% x RM 843.73* = RM590.61
* Dividen yg boleh dikeluarkan oleh ahli - rujuk surat kat bahagian (e)
B) CARA KIRA ZAKAT KWSP
2.5% x (Jumlah KWSP yang boleh dikeluarkan - Hasil dividen yang haram) = Jumlah zakat yang perlu dibayar
Contoh :
2.5% x (RM19597.37 - RM590.61)* = RM475.17
* Rujuk surat kat bahagian (e)
Nota :
1. Hasil dividen haram ni boleh disedekahkan kepada adik beradik miskin, fakir miskin atau saudara mara miskin, badan kebajikan, masjid, anak yatim, aman palestin dan sebagainya.
2. Zakat KWSP ni khilaf (ulama berbeza pandangan), sebahagian ulama kata tak perlu, sebab belum cukup haul (tempoh setahun). Tapi kalau nak beri, boleh diberi kepada pusat zakat atau asnaf.
3. Kalau pengeluaran KWSP kurang dari nisab (tahun ni nisab lebih kurang RM13000), maka tak wajib zakat. Jumlah nisab ni sentiasa berubah dan boleh rujuk laman web zakat negeri masing-masing.
4. Pembersihan ni wajib dibuat untuk elakkan kita guna duit yang haram. Tapi bagi yang dah tukar simpanan syariah, tak perlu lagi guna pengiraan ni. Sebab jawatankuasa fatwa kebangsaan dah keluarkan kenyataan iaitu tak perlu buat pembersihan dividen sekiranya dah tukar ke simpanan syariah. 




172 ulasan:

  1. Salam en. Mcm mna pula cara pengeluaran untuk kali kedua yg masih berbaki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengeluaran kedua saya tak pasti lagi..sebab saya tak buat lagi.. tapi yg saya tahu, perlu isi borang yang berbeza dan dapatkan pengesahan dari sekolah sekali lagi.. proses lbih kurg yg pertma tp menggunakan borang yang berbeza

      Padam
    2. Salam en. En sudah buat pengeluaran kedua? Perlu guna borg yg mana ya?

      Padam
    3. Pengeluaran baki tidak dibenarkan sehingga umoq 55 tahun. tapi ada bagus jugak tinggalkan skit dalam kwsp sebab selagi ada caruman kta layak untuk khairat kematian sebanyak 2500 sehingga umoq kita 60 thn..oleh itu spanjag caruman duk terperuk dalam tu dia akan bagi dividen serta khairat kematian kepada kita. itu yang saya baru tahu sbb saya baru jer pegi proses kluarkan kwsp 1/1/2018 ritu.

      Padam
    4. betul tuan. saya pun buat pengeluaran pada 2.1.2018.. memang pegawai kaunter kwsp ada bagitahu tentang baki boleh dikeluarkan setelah cukup 60 tahun usia. btw duit tuam dah dapat ke? ;)

      Padam
    5. assalam..maaf ye..saya baru bertanya kepada pihak kwsp ibu pejabat.. mereka dah comfirmkan kita boleh keluarkan baki yang masih ada sebenarnya..ada borang tambahan lain..semasa saya pergi buat permohonan 1/1/2018, mereka pun ada cakap baki tak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tapi sebenarnya boleh.. mereka tak nak buat dua kali kerja mungkin la..boleh call 03-89226000 untuk comfirm kan..sekadar berkongsi..thaks

      Padam
    6. assalamualaikum,ada pertanyaan mengenai surat PTB tu, sy semak di website JPA proses permohonan sy telah selesai dan di pos pada 11/1/2019 dan tarikh PTB sy 1/3/2019..untuk permohonan pengeluaran KWSP sy boleh hantar pada 1/3/2019 atau sebelum 1/3/2019 da boleh ke pjbt kwsp untuk buat permohonan pengeluaran?

      Padam
    7. buat pada tarikh 1/3 atau selepas

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Cgu, 40k ni spanjang kerjan cgu? Atau prnah kerja swasta sblum jd cgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye bekerja sebgai guru sahaja.. tidak pernah kerja swasta.. gambar yg di atas adalah contoh sahaja...

      Padam
  4. Salam,mohon pencerahan, dalam penyata pelepasan caruman kerajaan, dividen yg ditulis tu hanya untuk dividen tahun sebelum atau termasuk dividen tahun2 sebelum?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. macam sy baru nk masuk 2 tahun bekerja dlm sektor kerajaan...blom ckup 3 tahun utk dikeluarkan btol x? atau sy boleh keluarkan awal2 duit yg kerja swasta sblm ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf tuan.. itu saya tak berapa pasti.. saya sendiri tidak pernah kerja swasta sebelum ni..

      Padam
    2. Saya nak jawab berdasarkan ilmu saya ada. Jawapan tidak boleh dikeluarkan dulu. Tunggu diberi PTB baru dapat keluarkan caruman swasta n gov.

      Padam
  7. macam sy baru nk masuk 2 tahun bekerja dlm sektor kerajaan...blom ckup 3 tahun utk dikeluarkan btol x? atau sy boleh keluarkan awal2 duit yg kerja swasta sblm ni?

    BalasPadam
  8. salam..saya ada sikit kecelaruan,..proses pembersihan dividen xsama seperti yang diulas oleh ust zaharudin dlm video beliau di youtube..beliau kata 35% datipada jum pengeluaran adalah dividen manakala 65% adalah simpanan pengeluar..daripada 35% dividen tadi, pegeluar perlu bersihkan sebanyak 70%. pengiraan saya dapst daripada page di bawah:

    https://www.thevocket.com/cara-bersihkan-akaun-kwsp-anda-daripada-riba/

    *saya juga dengar kepada ceramah ust zaharudin di youtube..

    bila saya ke pusat zakat, mereka pon xdapat bagi pengiraan yang sebenar..

    BalasPadam
  9. salam..saya ada sikit kecelaruan,..proses pembersihan dividen xsama seperti yang diulas oleh ust zaharudin dlm video beliau di youtube..beliau kata 35% datipada jum pengeluaran adalah dividen manakala 65% adalah simpanan pengeluar..daripada 35% dividen tadi, pegeluar perlu bersihkan sebanyak 70%. pengiraan saya dapst daripada page di bawah:

    https://www.thevocket.com/cara-bersihkan-akaun-kwsp-anda-daripada-riba/

    *saya juga dengar kepada ceramah ust zaharudin di youtube..

    bila saya ke pusat zakat, mereka pon xdapat bagi pengiraan yang sebenar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. yg pertama sekali, saya mohon sekiranya ada menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan di pihak encik.. yg kedua, saya bukanlah orang yang betul-betul arif dalam bidang ni..tujuan saya tulis entry ini sekadar untuk berkongsi tentang cara pengeluaran kwsp dan mengigatkan kita semua agar duit itu kita bersihkan dan keluarkaz zakat.. dari segi jumlah sebnar dan % nya itu, saya merujuk pada rakan saya yang arif dalam bidang ini, dan meminta izin daripada rakan saya itu untuk share di sini.. menurutnya lebih kurang begitulah kiraanya.. walaubgaimanapun, tuan juga boleh merujuk kepada yg lbih pakar dan arif untuk dapatkan kepastian.. terima kasih atas respon tuan di sini..

      Padam
  10. Tidak boleh tuan... kena tunggu tempoh perkhidmatan tuan dalam kerajaan cukup 3 tahun atau lebih baru boleh keluarkan.

    BalasPadam
  11. Hi cikgu.. tq atas perkongsian cikgu.. surat pbt saya dipos pada 3 Julai..tapi sampai sekarang saya belum terima surat tersebut..

    BalasPadam
  12. Bagaimana kalau hanya dapat sediakan salinan dokumen...surat ori sah lantikan tiada cuma ada salinan. Masih diterima ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu bawa salinan ori pon xpe..bg copy je

      Padam
  13. Assalam. Maaf bertanya, kalau yang surat asal tu akan dipulangkan semula kan? Mereka hanya ambil yang salinan sahaja, betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..hanya bagi salinan yg disahkan je..standby je original

      Padam
  14. dah 12hari bekerja masih belom ada dalam akaun sy... untungg laa cikgu cuma 10 hari sajaa

    BalasPadam
  15. 2 ogos i pergi mohon untuk pengeluaran duit saya.tapi masih belum masuk duitnya.lambat.kenapa ye

    BalasPadam
  16. 2 ogos i pergi mohon untuk pengeluaran duit saya.tapi masih belum masuk duitnya.lambat.kenapa ye

    BalasPadam
  17. Slmt sejahtera cgu..saya nak tanya..jumlah yg diterima cgu adakah akaun 2 sahaja? Atau akaun 1+ akaun 2? Tq

    BalasPadam
  18. Seperti yg sy lihat, PTB cikgu kuatkuasa pada 1 september..dan adakah pengeluaran kwsp dibuat hanya selepas tarikh kuatkuasa PTB atau boleh buat permohonan pengeluaran sebelum 1 sept tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas tarikh kuatkuasa dan menerima surat perletakan Taraf Berpencen (PTB)

      Padam
  19. Salam. Penyata gaji pun perlu ya? Sbb sy lihat dalam senarai semak dikumentasi, tak debut pun penyata gaji.

    BalasPadam
  20. Salam. Penyata gaji pun perlu ya? Sbb sy lihat dalam senarai semak dikumentasi, tak sebut pun penyata gaji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer.. Masa buat permohonan pengeluaran tuh mmg ada dia minta..

      Padam
  21. Salam tuan, nk tnya bp % yg kerajan ambk balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan ambil balik 55%, lg 45% dgn kita

      Padam
    2. Kaedah pengiraan ni tak Betul. Jumlah yg lebih tepat adalah dengan mengira potongan majikan setiap Bulan dari mula Kerja dengan kerajaan hingga cukup tarikh perlaksanaan PTB.

      Padam
    3. mungkin betul juga kata tuan akan tetapi, dividen tahunan bagaimana nak kita kelaskan pengiraan nya sepanjang 3 tahun tuan berkhidmat dalam kerajaan ? mohon tuan beri pencerahan.

      Padam
  22. Salam En.sya nak tanya untuk buat pengeluaran kali kedua tu borang nak kena ambil dari kwsp ka? Mcm kes sya, dlm slip gaji bulan ni mac ada lgi potongan kwsp sedangkan sya da terima duit utk PTB tu..

    BalasPadam
  23. Saya terlupa satu soalan lagi..syer yg kerajaan ambil 55% tu bukan kita akan dapat balik selepas pencen ka atau daj memang jadi hak kerajaan da?

    BalasPadam
  24. Kepada penjawan kerajaan boleh ke keluarkan wang simpanan kwsp ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kalau dah 4 tahun n pilih berpencen

      Padam
    2. adakah akaun 2 sja boleh keluarkan ..jika dh sah jawatan...adakah baki akaun 1 boleh dkeluarkan

      Padam
  25. Encik. Kalaunsaya hilang surat pemberian pencen yg ori. Tapi saya masih ada copy nya di pejabat. Boleh tak saya guna yg copy nya tu? Dan perlu disahkan?

    BalasPadam
  26. Salam. Saya dah terima surat PTB oktober lepas. Memang tempoh potongan kwsp memakan masa berbulan jga ke sebelum caruman dihentikan? Kalau boleh saya nak kluarkan sekali je kwsp tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tlg jawabkan ye. Sekiranya akhir tahun mmg akan ambil masa berbulan kerana di akhir tahun akauntan dh stopkn sebarang perubahan pd slip gaji kita. Gaji kita selalunya 2bulan advance. Jika bln 10 mgkin kwsp dijangka stop pd feb mgkin. Tp bgntung kpd kerani jgk.. ni kes kalo dpt PTB akhir tahun ye. Kalo dpt bln lain sy xsure. Sbb sy mcm kes awk. Kwsp last stop feb. Blh rujuk kerani awk untuk lbh pasti.

      Padam
  27. Salam. Saya dah terima surat PTB oktober lepas. Memang tempoh potongan kwsp memakan masa berbulan jga ke sebelum caruman dihentikan? Kalau boleh saya nak kluarkan sekali je kwsp tu

    BalasPadam
  28. Selain dr share majikan semasa kerja kerjaan diambil balik...adakah kita boleh buat pemgeluaran baki sepenuhnya ataupun ada peratusan tertentu?

    BalasPadam
  29. Saya bru dpt surat ptb n slig gaji pun dah clear dr ptongan kwsp..sy cuma nk tau brpe % kite dpt buat pngeluaran duit ni?ade yg ckp de akaun 2 saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik akan dapat 45% daripada jumlah keseluruhan akaun 1+akaun 2. Ini sekiranya encik tdk pernah kerja swasta. Kalau pernah kerja swasta, caruman kwsp yg ada ketika kerja swasta akan dapat 100% + 45% semasa encik kerja kerajaan.

      Padam
  30. salam tuan saya ingin bertanya berkenaan dengan jumlah dividen yang di terima setiap tahun,adakah ianya di kira mengikut pembahagian 55% 45% juga atau pencarum akan dapat sepenuhnya jumlah dividen itu,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul, jumlah dividen tersebut juga akan dikira sekali dalam pembahagian 55% dan 45%

      Padam
  31. Assalamualaikum, saya ingin bertanya.. saya tidak pernah menutup akaun kwsp setelah bekerja dalam kerajaan hampir 15 tahun. Saya baru sedar duit dlm akaun 1 ada 27k, akaun 2 ada dlm ratus2. Bilakah kerajaan akan mengambil 55%? Adakah setelah saya menutup akaun atau kerajaan dah ambil siap2 sebelum ni? Tiada sesiapa bgtau sy kwsp boleh dikeluarkan sekiranya memilih skim pencen. Hal ini sy tahu pun setelah melihat rakan kerja yg baru dapat sah jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan/Puan, Boleh sahaja pada bila2 masa membuat pengeluaran akan tetapi jumlah pengeluaran tetap pada 55% dan 45% dari pulangan yang tuan/puan patut dapat di kira bermula dari tarikh PTB Tuan/Puan beserta dividen bertahun2 yang tuan/puan simpan sehingga sekarang.

      Padam
  32. Salam semua. Bagi urusan pengeluaran ni, hanya boleh buat selepas tarikh PTB berkuatkuasa ke? Atau sejurus terima surat/semakan atas talian sahaja sudah memadai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengeluaran boleh dibuat oleh tuan apabila menerima surat SPA sama ada original atau copy (biasanya original) daripada agensi tuan yang menyatakan pemakluman taraf berpencen tuan. kemudian bagi mengelakkan pengeluaran lebih dari sekali tuan harus menunggu payslip tuan bersih dari penolakan KWSP dan barulah tuan boleh memohon pengeluaran pekerja berpencen di pejabat KWSP berhampiran tuan. sekian pencerahan.

      Padam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. assalamualaikumm..pengeluaran ni boleh pada akaun 1dan 2 ker..sebab kalau ikut conform dah lama cuma baru terdengar dari kawan2 yg menyatakan pengeluaran boleh pada akaun 1dan 2..boleh terangkan..kalau ikutkan semasa conform dapat skim berpencen saya hanya keluarkan dari akaun satu sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tolong jawabkan, jumlah pengeluaran yang encik bawa keluar tu adalah keseluruhan wang yang terdapat dalam penyata simpanan kwsp encik, meliputi caruman sewaktu bekerja dengan swasta jika ada, dan caruman sewaktu encik berkhidmat sebagai kakitangan awam dalam tempoh 3 tahun yang mana boleh dimasuk kira untuk penarafan pekerja berpencen. sekian.

      Padam
  35. Assalamualaikum.. sy nk tnya,sy dh htr borg permohonan pengeluaran kwsp pda 8/6.. tpi smp skrg msih dlm proses, adakah mmg kena tgu smp 21 hari bru duit masuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bergantung kepada bahagian pemprosesan KWSP, tempat tuan memohon pengeluaran, berdasarkan pengalaman saya jika terdapat masalah atau lambat pihak KWSP akan menghubunggi tuan, atau pengiraan akaun tuan lambat mungkin di sebabkan tuan ada membuat pengeluaran seperti pembelian rumah atau lain2 pengeluaran sebelum ini dan ini amat memerlu masa untuk diteliti pihak KWSP.

      Padam
  36. Sya submit 1hb 8,skrg sudh 12hb 8 bpe lme lgi yer duit akn msuk asyik dlm proses jew

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang dah dapat ke blom?

      Padam
    2. sy pun submit pd 1hb 8,sehingga ke hari ni masih dlm proses .

      Padam
    3. Saye anta 2/8.samapi sekarang x settle lg..yg sebelom ni 3-4 hari d masok

      Padam
    4. tempoh menunggu yang ditetapkan oleh kwsp adalah dalam 21hari bekerja en. apa2 minta encik sabar. jika lebih dari itu mohon pihak en berhubung dengan pegawai kwsp ye.

      Padam
  37. salam nak tanya..
    sy pernah kerja sebagai sambilan dlm kerajaan sebelum dapat tetap..adakah yg sambilan tu, majikan akan ambil balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi maksud pengeluaran berpencen kakitangan kerajaan adalah yang berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 hingga ke 3 tahun dan bertaraf tetap sahaja. Pengeluaran pulak akan dikira yang berjawatan tetap sahaja.

      Padam
  38. As salam...soalan sy...perlu ka tunggu payslip 0 dri potongan kwsp baru boleh apply pengeluaran? Surat Ptb dh dapat....tpi kwsp belom stop....mohon pencerahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik-baiknya macam tulah, bagi mengelakkan pengeluaran sebanyak 2 kali berlaku.

      Padam
  39. salam, sy x paham pengeluaran duit kwsp, ade dua akaun , dua dua ke nanti dia bank in kan kepada sy? ke 40 peratus sahaja daripada jumlah kedua dua akaun tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye akaun 1 dan akaun 2 akan dikira sekali untuk dibawa keluar. cuma yang diambil adalah potongan majikan(kerajaan) semasa awak berkhidmat dengan kerajaan selama tempoh 3 tahun tu je.

      Padam
  40. Cepat nya duit masuk sya hri bkerja yg ke 15 pon btg hdund byg sms pon xdew cek dlm proses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum,

      Tuan, Maaf jika saya bertanya ni sessi luahan atau mohon pencerahan ?

      1. Kalau 15 hari menunggu ia masih belum cukup dalam tempoh 21 hari bekerja.

      2. kalau sudah cukup 21 hari bekerja cuba tuan hubunggi tempat yang tuan berurusan tu jika terdapat sebarang masalah lain jika ada.

      3. Jika tiada sebarang masalah. saya nasihatkan tuan tunggu sampai khidmat pesanan ringkas hadir dalam telefon bimbit tuan atau check akaun bank di mesin atm berdekatan tuan sampai haus kad atm ataupun secara online banking tuan, HEHEHEHE.

      Padam
  41. Saya pon masih menunggu pengeluaran.. sy submit borg kt kwsp pada 2 ogos, dah 16 hri bekerje ikut kn.. masih menanti... ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Seroja darleena nk tanya awk dh dpt ke duit tu? Brapa hari Baru dpt?

      Padam
  42. Nak bertanya.... Jika kita dah keluarkan duit kwsp kita,adakah akaun kwsp kita tu dh tutup atau masih blh guna no akaun tersebut? Mana nak tau dah kerja kerajaan tapi tetiba dapat offer swasta yang lebih lumayan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkum slam... Pertanyaan Puan, Jika kita dah keluarkan duit kwsp kita,adakah akaun kwsp kita tu dh tutup atau masih blh guna no akaun tersebut? Mana nak tau dah kerja kerajaan tapi tetiba dapat offer swasta yang lebih lumayan...

      Jawapannya : Akaun Puan masih aktif dan akan kekal sehingga puan bersara paksa pada umur 60 tahun. Boleh Baca penerangan risalah KWSP berkaitan pengeluaran pekerja berpencen 2018. sekian

      Padam
  43. rasanya kalau da kosong die akan minta tutup acc atau tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. bermula 01.01.2018 semua akaun kwsp yang di pindahkan dana ke KWAP, akaun pemohonan perkerja berpencen tidak ditutup sehingga bersara paksa pada usia 60 tahun. sekian

      Padam
  44. sy pun tgh sediakan dokumen utk pengeluaran kali ke-2 cuma kali ni sy nak try guna pos..boleh ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je, tapi saya sarankan agar puan datang sendiri ke kaunter agar tahu jika ada apa2 prkara berbangkit kelak.

      Padam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. salam. surat pelantikan dan pengesahan jawatan saye dah hilang. boleh ke kalo bawak yg copy je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. surat pelantikan dan pengesahan jawatan saye dah hilang. boleh ke kalo bawak yg copy je?

      jawapan : boleh, untuk pengeluaran berpencen hanya surat PTB sahaja yang diminta oleh kaunter bersama salinan penyata bank yang aktif untuk pengkreditan duit dan borang permohonan pengeluaran pekerja berpencen (KWSP).

      Padam
  47. mmg kene tgu kwsp stop potong dr gaji dlu ke bru blh ambk kwsp

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tetapi akan menyebabkan pihak tuan/puan datang semula ke kwsp untuk pengeluaran kali kedua. ini kerana potongan kwsp dalam payslip masih belum selesai. dan duit belum sepenuhnya berada dalam akaun kwsp pihak tuan/puan semasa pengiraan pengeluaran nanti.

      Padam
  48. X perlu tunggu stop potong kwsp..yg penting submit borang selepas tarikh kuatkuasa PTB

    BalasPadam
  49. Salam encik.sy nk tanye penama kwsp..ayah sy meninggal dunia 2009 dan tahun ini 2018 bulan 9 lepas sy da isi borang utk pengeluaran sebagai penama.agak2 nya brapa ari duit tu akn dpt yer?

    BalasPadam
  50. Assalammualaikum...sy nk tnyr...sy pernah keluarkan kwsp genap 3thun sy brkhidmat dgn gov 8thn dulu...selepas pengeluaran...masih berbaki krn bbrapa bln slps tu msih ada potongan...jadi..duit baki tu blh dikeluarkan atau tdk?
    Kalau boleh...blh share cara keluarkan?
    Mohon pencerahan..t.ksh

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, proses yang sama seperti pengeluaran pertama, cuma pihak kaunter akan meminta surat penjelasan pengeluaran awal kali permata dari pihak tuan (kes hanya di beberapa cawangan kwsp sahaja). untuk pengetahuan sebab pertama kita harus membiarkan potongan KWSP selesai dalam payslip adalah kerana supaya tiada pengeluaran kali kedua dibuat dan memudahkan urusan pihak tuan kelak.

      Padam
    2. Maksudnya...perlu surat dr ketua jab...dan surat lantikan juga ye? T.ksh atas info tuan..

      Padam
    3. Soalan : Maksudnya...perlu surat dr ketua jab...dan surat lantikan juga ye? T.ksh atas info tuan..
      Jawapan : Yup (Hanya Standby jer..) tetapi berdasarkan rakan2 yang buat pengeluaran kali kedua mereka tetap kena menyediakan borang2 seperti keluaran pertama beserta surat penjelasan dari ketua jabatan sekali.

      Padam
  51. salam saya nak membuat pengeluaran kedua selepas pengeluaran berpencen yang pertama,blh saya tahu ada borang pengeluaran yasng kedua ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wlkum slm, tiada borang khusus, cuma sediakan kembali borang yang seperti keluaran pertama beserta alasan atau surat penjelasan dari ketua jabatan berkaitan kenapa pengeluaran pertama dibuat tanpa menunggu potongan KWSP selesai dahulu dalam potongan slip gaji sahaja.

      Padam
  52. As salam...sy keluarkan kwsp atas sebb oku..berapa lama proses dpt duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proses hanya melibatkan tempoh (2 ke 3 minggu) atau 21hari bekerja, akan tetapi bergantung kepada kes-kes tertentu. jika tak keberatan Tn/Pn boleh menyemak status pengeluaran di talian 0389226000 atau semakan secara online di laman I-Akaun KWSP.

      Padam
  53. Untuk pengeluaran ke2 masih perlu isi borang 9J dan sign ketua jab ke en? Bwk attach skli dgn surat pengesahan lantikan dan pengesahan majikan? Itu shj ke?

    BalasPadam
  54. wlkum slm, ye encik memang perlu dilampirkan sekali kerana pengeluaran yang sebenar hanya dibenarkan sekali sahaja akan tetapi pengeluaran pertama dibuat sebelum potongan di payslip tn/pn selesai dibuat, jadi akaun tn/pn masih tertinggal baki, jadinya pihak kwsp akan meminta dokumen seperti pengeluaran pertama untuk kiraan semula akaun kwsp tn/pn. beserta surat alasan dari jabatan "kenapa pengeluaran awal dibuat sebelum ini" (bagi sesetengah tempat atau cawangan kwsp) mengikut budi bicara pihak kaunter kwsp tersebut. terima kasih dan jika mempunyai pertanyaan lanjut sila hubunggi di talian 038922600.

    BalasPadam
  55. salam .. saya nk bertanya PTB saya pada 1/1/2019 .. adakah saya kena menunggu slip gaji stop pemotongan kwsp baru boleh keluarkan duit ..atau boleh pegi pada tarikh PTB saya 1/1/2019 tu untk pengeluaran kwsp ?

    BalasPadam
  56. Salam. Saya sudah mendapat taraf berpencen pada 1/1/19. Dokumen semua sudah lengkap dan sudah ke kwsp. Namun semasa proses mengambil nombor giliran, pihak kwsp maklum pada saya lebih baik utk saya tunggu pengunguman DIVIDEN. Ini kerana jika saya proses pengeluaran sebelum dividen diumumkan saya tidak akan langsung dapat manfaat dividen.
    soalan saya: adakah perlu saya teruskan proses pengeluaran atau tunggu pengunguman DIVIDEN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Tunggu Pengumuman Dividen
      2. Manfaat atau nilai tambah bagi simpanan yang ada semasa pengeluaran
      nanti.

      Jawapan saya,

      untuk jawapan (1) : Ini bergantung kepada tahap kewangan saudara sama ada hendak mengunakan duit pengeluaran ini cepat atau lambat atau tiada masalah langsung berhubung dengan duit ini. lebih elok jika saudara tunggu dahulu sehingga pengumuman dan tunggu sehingga potongan pada slip gaji selesai untuk potongan KWSP baharu saudara keluarakan dengan tenang dan tanpa masalah pada masa hadapan kelak.

      Jawapan (2) :
      Manfaat pada saya, sama juga bergantung pada tahap kewangan dan pulangan dividen adalah antara 2.5 ke 3 peratus sahaja dari nilai simpanan semasa dan dibahagi kepada majikan dan pekerja jadi terpulang pada kemahuan saudara. tepuk dada tanya poket saudara. hehehe

      sekian.

      Padam
  57. Kalau bekerja disektor kerajaan.3 thn kontrak dan 3 thn lg dalam tempoh percubaan tetap..potongan hnya amik 3 thn saja ka atau kedua2?

    BalasPadam
  58. Saya dah terima srt pemberian taraf berpencen dr SPA, tarikh pemberian taraf berpencen stat 1 apr 2019. boleh ke saya terus buat pengeluaran skarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut pengalaman saya tak boleh.mesti pada atau tarikh ptb.
      untuk kepastian lanjut boleh je tuan pegi ke kaunter epf

      Padam
    2. hai...saya nak tanya berapa yew awk dpt dri keseluruhan kwsp awk...sbb sye nk bndingkn dgn kwsp sye

      Padam
  59. Assalamualaikum.

    Terima kasih utk entry yg sangat berinfo dan bermanfaat ini.

    Saya ada pertanyaan dan berharap dapat pencerahan dari sesiapa yg ada jawapan :)

    Kalau kita ada hutang-hutang lain contohnya PTPTN belum langsai, adakah pihak KWSP akan memotong 'siap-siap' dari jumlah simpanan KWSP kta itu?

    Terima kasih utk yg sudi memberi pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak.sebab untuk pemotongan memerlukan prosedur jugak.pemotongan tidak akan dilakukan tanpa keizinan kita.sekian

      Padam
  60. Ada kwan2 yang bagitahu saya akaun 2 yang boleh keluar ada pula yang ckap akaun 1...mmg betul ke dicampurkan sekali akaun 1 dan 2 lepas tu kita dapat 45% je selebihnya 55% kerajaan ambil untuk pencen nti???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum dan salam sejahtera,

      Untuk makluman Tuan/Puan, Pemahaman yang sebenar, sewaktu percubaan dalam tempoh (Pengesahan Dalam Perkhidmatan) sebelum di sahkan dalam penjawatan sekarang mesti tuan/puan ada di berikan borang pemilihan iaitu Borang asal opsyen sama ada bersetuju/tidak bersetuju memilih skim KWSP mengikut format Jadual Kelima,:

      1. Jika setuju, bermaksud tuan telah memilih skim pencen yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan (KWAP) melalui Bahagian JPA. Oleh yang demikian keseluruhan akaun Tuan/Puan di dalam simpanan KWSP boleh di keluarkan kesemuanya mengambil kira akaun 1 dan 2 beserta dividen sekali. Amaun yang ditolak dan akan diambil oleh pihak kerajaan yang akan dimasukkan ke akaun KWAP adalah potongan KWSP (majikan kerajaan) beserta dividen (majikan kerajaan) semasa tuan/Puan berkhidmat dengan status jawatan tetap selama tempoh percubaan 1 ke 3 tahun sebelum di kurniakan Pemberian Taraf berpencen oleh pihak SPA,SPP dan sebagainya. Pengiraan mengambil kira tempoh itu sahaja, dan jika tuan/puan sebelum ini pernah berkhidmat di syarikat swasta keseluruhan amaun adalah hak tuan/puan.

      2. Jika Memilih KWSP ianya akan berjalan seperti biasa tetapi tidak layak mendapat manfaat seperti pekerja yang telah dikurnia PTB.

      sekian, terima kasih.

      Padam
  61. Helo,boleh saya tau,kenapa dalam i-akaun@web kwsp,status kwsp bg pengeluaran pencen dah lulus,tapi duit blm masuk lagi dalam akaun??thank u 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tuan/puan sudah membaca blog ini sekali lagi pada tarikh jawapan ini diberikan saya pasti duit sudah masuk ke akaun tuan/puan tetapi berjimat ye dan rancang kehidupan baik-baik

      Padam
  62. SALAM..part rujuk surat kat bahagian E tu dimana??surat yang kita akan dapat selepas pengeluaran dibuat ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wlkum salam, tuan/puan boleh merujuk kepada laman web sistem online i-akaun kwsp untuk butiran status pengeluaran di situ ada maklumat yang tepat dan jika x faham juga sila berhubung dengan pegawai kwsp.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  63. Salam blh bagi tahu apa tujuan akaun 1 dan akaun 2.dan saya difhmkn klu kita dah beralih ke skim pencen sekali pun. Akaun 1 hanya berapa peratus% sahaja dibenarkan yg selebihnya diserahkan pada majikan, dan akaun 2 boleh keluar semua. Knp akaun satu xblh ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkum salam,

      Jawapan bagi soalan : apa tujuan akaun 1 dan akaun 2 ?

      akaun 1 dan 2 adalah pecahan akaun untuk simpanan tetap di dalam kwsp dan mengambil kira tempoh simpanan sehingga ke hari persaraan tuan/puan sehingga 55 tahun, akan tetapi akaun (1) boleh dibuat pengeluaran dengan melibatkan dana simpanan untuk pelaburan amanah seperti public mutual dan sebagainya tetapi terhad mengikut syarat2 dan tahap umur dan simpanan didalam akaun 1 sahaja, manakala akaun (2) boleh di keluarkan untuk urusan peribadi tetapi terhad kepada : a) Pengeluaran Umur 50 Tahun
      b) Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
      c) Pengeluaran Hilang Upaya
      d) Pengeluaran Pendidikan
      e) Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
      f) Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
      g) Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
      h) Pengeluaran Kesihatan
      i) Pengeluaran Haji
      j) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
      k) Pengeluaran Perumahan PR1MA
      selain dari pergeluaran diatas adalah tidak dibenarkan sama sekali.

      Jawapan bagi soalan : saya difhmkn klu kita dah beralih ke skim pencen sekali pun. Akaun 1 hanya berapa peratus% sahaja dibenarkan yg selebihnya diserahkan pada majikan, dan akaun 2 boleh keluar semua. Knp akaun satu xblh ya ?

      Tuan/Puan kurang faham ni, disini saya terangkan secara mudah, jika telah berkhdimat dalam perkhidmatan awam secara berjawatan tetap tak kiralah apa gred sekali pun dengan syarat telah diberi taraf berpencen, akaun kwsp tuan/puan melibatkan akaun (1),(2) dan dividen boleh dikeluarkan serentak secara menyeluruh. tetapi sebelum diserahkan kepada tuan/puan amaun potongan kwsp majikan-(kerajaan) dari tahun pertama hingga ketiga perkhimatan penjawat awam berserta dividen-(kerajaan) akan ditolak dan dicarumkan ke KWAP pulak untuk sebagai dana bayaran pencen tuan/puan apabila bersara paksa atau wajib pada umur 60 tahun nanti. Baki selepas penolakan (syer majikan kerajaan) itulah yang tuan / puan punya secara keseluruhannya.

      Padam
  64. Kalau ptb saya 1 mac 19 untuk submit borang pengeluaran selepas 1 mac atau kena tunggu potongan gaji kwsp stop dulu ke? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, lebih baik tunggu kerana akan melibatkan masa bersara 60 tahun nanti

      Padam
  65. Sekiranya pengeluaran umur 55 dhd ambil....masih ade ptgan sebab masih lagi bekerja dan saya nk tahu blh atau pun x blh sekiranya Saya nak mengeluarkan duit EPF utk kegunaan membayar hutang kereta dan utk perbelanjaan sendiri ....tq

    BalasPadam
  66. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  67. Kalau saya confirm sebelum 3 tahun boleh ke buat permohonan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan : 1 ke 3 tahun dalam tempoh percubaan,

      1. Sah Pelantikan
      2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
      3. Pemberian Taraf Berpencen

      Ini semua dalam tempoh tiga tahun tu, boleh saya tahu Tn/Pn dibahagian yang mana sebelum saya mengulas lanjut isu atau topik ni ?

      Padam
  68. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  69. saya dah keluarkan duit kwsp saya sebelum caruman kwsp dihentikan...jd sy bercadang utk keluarkan duit kwsp yg selebihnya sebab caruman kwsp sy baru dihentikan... soalan sy, tuan ade x contoh dokumen dan surat alasan pengeluaran pertama dibuat drpd jabatan?..terima kasih..

    BalasPadam
  70. Hai..kamu sudah keluarkan kwsp kamu kan..mau tanya,memang dlm tgn kamu kiraan dia 45% dr hasil akaun 1 + akaun 2 kah?sbb sy jd konfius bila tnya staff di kwsp,dorang ckp hanya akaun 2 shj yg dikeluarkan..trima kasih..

    BalasPadam
  71. salam...saya nak tnya...i@akuan saya dah tak aktif tapi duit tak masuk lagi...sebab sy nak semak tarikh lulus pon tak boleh..agak2 berapa lama duit nak masuk selepas i@akaun telah dinyah aktifkan oleh kwsp?

    BalasPadam
  72. 2017 sy dh leh kuarkan kwsp tu tp sayang nk kuarkan sampai skrg 2019 xkuarkan lg.... Camna ya sy nk tahu jumlah sy dan kerajaan sbb nak bayarkan zakat... Ke xwajib lg zakat sbb xkuarkan lg duit?

    BalasPadam
  73. Assalamualaikum mcm sy anggta tntra skrg tpi sblom msuk tentra pnh bkja swasta blh x kluarkn kwsp..

    BalasPadam
  74. Saya nak tanya.. Kalau pengeluaran berpencen betul kea 3tahun bekerja (penjawat awam) boleh keluarkan duit kwsp tuan ? Kalau boleh akaun 1 atau 2 atau semua sekali ?

    BalasPadam
  75. Tadi aku baru pergi, depa kata kena tunggu payslip bulan PTB itu berkuatkuasa keluar then baru boleh submit permohonan pengeluaran KWSP itu. Sebagai contoh PTB aku berkuatkuasa 1/7/19, so kena tunggu payslip Julai untuk confirm dah tak ada caruman KWSP baru boleh submit borang pengeluaran.

    BalasPadam
  76. Salam en.. skrg duit dah masuk ke blm?

    BalasPadam
  77. Salam..saya nk tanya..mcm mane nak check secara online status pemohonan duit kwsp masuk ke belum

    BalasPadam
  78. salam..saya pernah bekerja di pbt selama 3 tahun sblm kerja dgn federal selama 1 thn stgh sehingga kini.. ada info x.. boleh x pengalaman di pbt tu diambilkira sebagai tempoh berkhidmat yang boleh diambil kira untuk dpt PTB?

    BalasPadam
  79. salam..saya pernah bekerja di pbt selama 3 tahun sblm kerja dgn federal selama 1 thn stgh sehingga kini.. ada info x.. boleh x pengalaman di pbt tu diambilkira sebagai tempoh berkhidmat yang boleh diambil kira untuk dpt PTB?

    BalasPadam
  80. cikgu, alhamdulillah baru2 ni saya dpt mengeluarkan duit KWSP setelah dapat PTB. saya telah bekerja sejak 2009 dan mengeluarkan KWSP pada tahun ini. telah tukar kepada akaun Shariah pada 01/2017. untuk dividen, perlu ambil sehingga akhir tahun 2016 sahaja atau bagaimana?

    terima kasih

    BalasPadam
  81. Assalam tumpang Tanya... Surat pemberian taraf berpencen, awak cek online atau surat tu daripada SPP?

    BalasPadam
  82. assalamualaikum..saya ingin bertanya dlm akauan saya masih terdapat baki kwsp.Utk pengeluaran kali kedua adakah semua baki hak saya atau ada hak majikan juga..Dan saya ingin tahu akun mana dari majikan dan pekerja

    BalasPadam
  83. Dividen haram?boleh kongsi maklumat?.tq

    BalasPadam
  84. PTB tu apa? sy brhenti sblm kjaan sblm dpt surat sah taraf pencen. Blh keluarkan ke?

    BalasPadam
  85. Maaf bertanya. Surat perlu bersign atau bley print dr sistem online.

    BalasPadam
  86. Slmt pagi tuan..slps dpt surat PTB,gaji pun dh xde potongan kwsp sya buat pengeluaran.. soalan : masih ada pengeluaran yg boleh dibuat ke utk akaun yg lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..sya nk tya selepas dapat surat PTB tu, dalam payslip tidak potong kwsp berapa lama ya

      Padam
  87. salam. sy nak tanya. status pengeluaran sy sudah lulus. tapi duit belum masuk dalam akaun. adakah mengambil masa untuk duit tersebut masuk ke akaun selepas permohonan sudah lulus.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 21 hari bekerja baru duit kwsp masuk ke dalam akaun bank yang tuan/puan beri.
      tapi dalam 10 hari macam tu dah masuk dah. kena follow up dgn pegawai kwsp tengok

      Padam
  88. Salam nak tnya bekerja sebgai tentera kwsp tidak lagi berjalan ... Kerna dah ada LTAT ...jadi boleh ka saya bawak kluar duit saya semua.. Umur saya maseh tidak cukup...bole ka

    BalasPadam
  89. sedikit janggal ada jugak pendapatan haram disitu.. klau ada persent haram disitu. xkanlah baki yang lain halal...tp kalau dah dpt tu niatlah nak infaq 10-15% harta tu..In Sha Allah bila yakin..berkat hasilnya..

    BalasPadam
  90. salam encik...... saya dah buat pengeluaran berpencen 2004.... adakah akaun masih aktif....dan kemungkinan masih ada baki dalam kwsp....

    BalasPadam
  91. assalam en. masa bila kene maklumkan bah. sumber utk pengeluaran kwsp ni..sebelum atau selepas? thanks

    BalasPadam
  92. Salam,nk Tanya..Surat pengesahan lantikan saya punya yg ori dh hilang,kalau hntar copy shja bleh ke utk pengeluaran..

    BalasPadam
  93. Bagi tempoh lantikan interim mcm mana pula..adakah kerajaan akan ambil balik yg potongan 55% tu dari jumlah caruman semasa kita kerja dgn kerajaan?..

    BalasPadam
  94. Kalau surat tawaran asal hilang mcam mana ea

    BalasPadam
  95. sebagai seorang tentera yg telah menyambung dan telah diluluskan perkhidmatan 21 tahun iatu taraf berpencen pada tahun yg ke 21.....adakah saya sekarang layak keluarkan semua wang kwsp saya..

    BalasPadam
  96. Sya dulu bekas pemandu lori...dr bujang dh kerja...serius saya ckp,sya dh ada ,60k simpanan akaun 1 da 2...skrng sya dh bekerja sebagai pemandu kenderaan kerajaan...dh 2thun...sya sgat risau...bnyk yg ckp sya xlayak ambik semua 60k tu slama sya krja sbgai pemndu lori....mungkin dpat separuh...tolong sya..yakin sya...tu duit titik peloh sya...bnyk bnda sya dh niatkn tuk duit tu...mcm mna sebenarnya prosuder nya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tu tuan. Yg swasta n kerajaan xcampur. Yg sprh tu cuma yg kerajaan sahaja.
      Contoh swasta 60k dapat 100% termasuk dividen
      Kerajaan lak 20k-kerajaan ambil 55% dan kita dapat 45%
      Itu apa yg sy faham la. Swasta tetap dapat 100% termasuk dividennya.
      Yg kerajaan shj dia bhgi 2

      Padam
  97. Slmt pagi. Sya adalah kakitangan kerajaan. Umur dah 52 tahun. Nak Tanya duit dari akaun 2 Kita boleh Mohon pengeluaran tak?

    BalasPadam
  98. Salam cik...kalau nak berhubung pasal status pengeluaran KWSP pilihan berpencen macam mana ya?

    BalasPadam
  99. Salam... isteri saya tak submit dokumen langsung dokumen pengeluaran utk skim pencen... kemudian bila kami pergi ke epf... epf kata duit tu dah tak boleh keluarkan sbb dah lebih dua tahun... kena tggu sampai pencen baru boleh keluarkan duit tu... boleh bantu saya tak tuan... terima kasih

    BalasPadam
  100. saya nak tanya..berapakah jumlah duit yg boleh di keluarkan bila amik opsyen pencen nie...contoh dalam acc kwsp ada rm50000.00...boleh ambil semua ke

    BalasPadam
  101. saya nak tanya..berapakah jumlah duit yg boleh di keluarkan bila amik opsyen pencen nie...contoh dalam acc kwsp ada rm50000.00...boleh ambil semua ke

    BalasPadam
  102. saya nak tanya..berapakah jumlah duit yg boleh di keluarkan bila amik opsyen pencen nie...contoh dalam acc kwsp ada rm50000.00...boleh ambil semua ke

    BalasPadam
  103. Salam.. Sy nk tanya.. Sy telah mndapat PTB pada 2017 dan sudah pun mngeluarkn kwsp, tetapi pd masa itu msh terdapat ptongan bulanan.. Selepas 3 tahun lbh skrg ni, msh bolehkah sekiranya sy ingin mngeluarkn baki dlm kwsp tersebut? Trime ksh tuan ats penjelasan.

    BalasPadam
  104. assalam.berapa lama tempoh masa antara selepas dapat surat pengesahan jawatan dengan potongan kwsp sudah dihentikan di slip gaji?adakah makan masa yang lama?

    BalasPadam
  105. salam...saya nak bertanya soalan yg sama. setelah mendapat surat PTB berapa lama potongan caruman KWSP akan dihentikan di slip gaji? adakah mengambil masa berbulan bulan? terima kasih.

    BalasPadam
  106. As salam..sy nk tya..dekat mna yew kita bleh cek jumlah dividen yang kita terima sejak kita bekerja dr dulu lg.

    BalasPadam
  107. PINJAMAN SEGERA UNTUK KECEMASAN DALAM MASA 2 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN BERLAKU SEKARANG
    Adakah anda memerlukan pinjaman?
    Adakah anda mencari Kewangan?
    Adakah anda mencari Pinjaman untuk memperbesar perniagaan anda?
    Saya fikir anda telah sampai di tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman dengan kadar faedah rendah.
    Orang yang berminat mesti menghubungi kami di
    Untuk maklum balas segera terhadap permohonan anda, Mohon
    balas e-mel ini di bawah sahaja.
    whatsapp +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Tolong, berikan kami maklumat berikut sekiranya berminat.

    1) Nama Penuh: ………
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Pendapatan Bulanan: …………………
    9) Pekerjaan: ………………………
    ) Laman web mana yang anda ada di sini mengenai kami …………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    BalasPadam