Bismillah awal pembuka bicara.. cuti sekolah pertengahan tahun 2016 telah bermula.. kali ini, kita ke negeri kedah utk sekali lagi.. tujuannya memenuhi jemputan majlis perkahwinan seorang lagi sahabat, Nadiatul Amalina binti Shahidan yg menetap di Jitra Kedah bertarikh 28 mei 2016..pasangannya orang sg.petani.. Selamat pengantin baru diucapkan..semoga kekal hingga ke jannah..
Oleh itu, pencarian tempat penginapan pun bermula.. pada awalnya bercadang utk cuba menginap di Tabung Haji hotel di kepala batas.. tetapi disebabkn kali ni kekurangan bajet, maka terpaksa cari penginapan yang kosnya lebih rendah.. anggaran harga TH Hotel rm180.. menurut review org ramai, masing2 memberikan komen yg memberansangkn dan sangat2 berpuas hati..
Akhirnya kami buat keputusan utk menginap di alor setar..kami menginap di Q Bintang Hotel.. hotel ini masih baru dan review orang ramai juga amat berpuas hati..bermula dari ulu tiram johor, jam 2 ptg selepas solat jumaat..singgah airport senai ambil kawan yang turut serta ke kedah..dan sampai hospital sg.buloh untuk pickup seorang lagi kawan..disebabkn jem, bergerak dr sg.buloh jam 7 mlm..dan alhmdulillah smpi di hotel jam 12.30 mlm..
Apabila sampai di hotel, sememangnya amat lah berpuas hati.. bilik katil queen berharga rm128 dan katil double single bed rm108.. siap dengan b.fast..cuma b.fast hanua diberikan voucher bernilai rm5 2 keping..makan di kedai hussain nasi kandar bersebelahan hotel.. banyak kemudahan yg ada.. internet juga boleh dilayari dalam bilik.. di bawah adalah gambar2 hotel..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan