Khamis, 3 November 2016

KE MANE KITA NIIIII??? SABAH OK BAH - KUNDASANG

KE MANA  KITE NI???? SABAH OK BAH!
Seperti mana biasa, apabila kita dah penat bekerja, kita perlukan masa untuk rehat.. kita bukan macam robot, boleh bekerja sentiasa, dan kalau rosak, ada alat ganti. So, setelah berpenat lelah bekerja, tiba cuti Deepavali, kebetulan, cuti 5 hari.. Ini lah masa untuk self reward kata orang. pada asalnya tak merancang pun untuk pergi bercuti masa cuti Deepavali ni. Tapi memandangkan ayah dan ibu mertua ajak pergi bercuti, maka mula perancangan untuk berjalan-jalan.

Kali ini, percutiannya jauh sedikit je. tapi perlu naik kapal terbang. KE MANA KITA NII??? Ke Sabah la kita. Dah lama teringin untuk ke Sabah, sebab Sabah antara tempat pelancongan yang memang menarik, terutamanya kawasan perairannya seperti di Semporna. tetapi untuk kali ini, kita tidak ke sana. tetapi ke gunung. Nak panjat gunung Kinabalu? oh tidak, dengan ada si anak kecil 2 tahun, tidak sesuai rasanya nak memanjat. Destinasi utama kali ini ialah Kundasang.
Mungkin ada yang tertanya ada apa di Kundasang tu? Saya juga pernah bertanyakan soalan itu dalam hati. Yang pasti melalui gambaran dan juga foto-foto pelancong yang hadir, memberika satu gambaran yang hebat dan menarik.

Untuk makluman, Kundasan merupakan kawasan tanah tinggi, kalau di semenanjung macam di Cameron. Tetapi jika di Cameron kita boleh lihat banyak pokok bunga, dan strawberi. Di Kundasang tidak. tetapi, apa yang anda akan dapat di kundasang adalah satu ketenangan dan kenikmatan apabila melihat ciptaan Allah. Kawasan yang sangat cantik. Suasana sejuk, pemandangan yang indah. Sangat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk pengangkutan dan penginapan.

Diari Trip KUNDASANG..
Untuk ke Kundasang, perlu naik flight ke Kota Kinabalu (KK), dan naik kenderaan darat untuk naik ke Kundasang. Memandangkan ianya kawasan Tanah Tinggi, maka jalan untuk ke sana semestinya mencabar. Bengkang bengkok, dan kenderaan perlu bekerja keras untuk memanjat ke atas. Pada waktu siang, dikatakan banyak kereta berehat di tepi jalan sebab overheat enjin, bila dah ok, sambung lagi. Kebetulan, kami naik ke  Kundasang pada waktu malam.Kurang risiko nak overheat (Saga FLX 1.3, naik 4 dewasa dan 1 kanak-kanak). Apa yang nak disebut di sini, apabiila bangun pagi, apabila berada di beranda  bilik hotel, dapat dilihat keindahan Gunung Kinabalu, sangat dekat , sangat jelas, sangat cantik. Dream World Resort, Kundasang.

Kemudian kami ke Desa Cattle Dairy Farm, menempatkan lembu-lembu bagu tujuan industri tenusu. Di sini lah yang dikatakan saperti di New Zealand. Sangat cantik, kawasan yang luas, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Cuma pada hari cuti sekolah, keadaan memang sesak, ramai orang. Di sini anda boleh lihat, cara mereka dapatkan susu lembu sebelum di proses pada waktu tertentu sahaja. Kundasang, adalah salah satu tempat yang sesuai untuk merehatkan minda, menenangkan fikiran. Tidak rugi rasanya datang ke sini. Bayaran masuk hanya RM5 seorang.

SEAFOOD DI KK.
Bermalam di Kundansang 1 malam, malam kedua di KK. Di Sabah, semestinya tarikannya adalah makan laut yang murah dan banyak. malam kedua pula, kami pergi makan berdekatan dengan pasar filipin. Di sini, banyak pilihan gerai, pilih la yang mana-mana, ikut gerak hati masing-masing, Di sini boleh dikatakan ikut nasib anda la, kecuali anda ada geng yang tahu kedai mana yang betul-betul terbaik. Yang pasti, di mana- mana gerai  anda makan, tidak akan dapat di semenanjung.Malam kedua kami menginap di Borneo Vista Suites/Sky Hotelq.  Sangat berpuas hati dengan keadaan penginapan. bertepatan dengan rate yang diperoleh  mereka iaitu 8.3 daripada 10.

Tak  banyak tempat kami lawati, atas sebab kekangan masa. tetapi ada tempat lain yang anda boleh pergi, seperti Fish Spa Ikan Kelah, Air Panas Poring, Sabah Tea. Tambahan lain, War Memorial  Park, Rumah terbalik, Gambar 3D dan lain-lain.

INI ADALAH KOS PERBELANJAAN.
1. Tiket Flight (air asia AK5112/AK5119) : RM 390 (return) x 5 (4 dewasa 1 kanak-kanak) = RM1950 + **RM109 = RM2059
**Tambahan dibuat untuk makan 3 orang sehala sahaja, pilih seat pergi balilk untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak =RM109
***ada tiket lagi murah kalo kena masa dan tarikhnya.

2.  Kenderaan : RM 130 X 2 hari = RM 260 + **RM50  = RM310
*Proton saga FLX
** Minyak, ( sekali isi sahaja )

3. Penginapan :
a. Dream world Hotel (mesilou kundasang)
1 malam = RM200 +RM80 (extra bed)=RM280
*bilik superior, 2 katil super single. tiada brakefast, tetapi ada restoran hotel. anda boleh beli makanan di pekan kundasang terlebih dahulu dan bawa naik ke atas untuk makan malam atau sarapan. jika tidak, tidak berbaloi untuk turun dan naik semula ke Dream World Hotel. pilihan lain, makan di restoren yang disediakan. tapi mhal sikit la.
b. Borneo Vista suites Hotel di KK sekali dengan SKY Hotel.
1 malam RM340
* (tiada brakefast) . boleh cari di sekitar pasar filipin. dan berdekatan 7eleven.
* ada ruang tamu, tamu, meja makan dan perkakas dapur disediakan seperti, periuk, pisau senduk, papan pemotong, sudu, garfu. dan lain-lain
*bilk tiduk 1 ada 2 katil quenn dan 1 lagi  bilik ada 1 katil single. 2 toilet
* boleh menempatkan sehingga 5 orang, tapi 7 8 orang pn boleh sebenarnya.
* swimming pool roof top, boleh Nampak kapal terbang naik, samada dari swimming pool mahupun di bilik.
*parking kereta yang memuaskan.
* hanya 5 hingga 10 minit dari airport.

c. MAKAN SEAFOOD di KK : RM170
*ikan merah ( sebelah di bakar, sebelah lagi 3 rasa)
*sotong goreng tepung
*kailan
*kerang dan lala sikit
*lobster seekor
*2 air jus durian belanda (betul-betul jus, bukan cordial)
*1 jus avokador
*air suam (free)

--------------- TOTAL RM3159 untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak. Dibahagi kepada 4 orang dewasa = RM790/pax------------------------- *tak termasuk shoping dan makan-makan lain.

waktu perjalanan :
28hb 10 2016 (jumaat)
12.35 tgh hari naik flight klia 2
3.10 tiba KK
terus ke telipok (rumah saudara)
6.30 bergerak kundasang.
9.00 malam tiba di dreamworld hotel

29hb 10 2016 (sabtu)
7.30 sarapan
8.30 ke Desa dairy farm
10.30 bergerak ke pecan kundasang
11.00 makan di pecan kundasang
11.30 turun ke KK
2.30 check in hotel di KK
7.30 malam makan malam di Pasar Filipin

30hb10 2016 (ahad)
7.30 cari sarapan
9.00 mandi pool
12.00 check out
12.30 ke pasar filipin, beli-beli buah tangan
3.00 ke airport
7.35 flight ke KLIA2

*kalau kena pada masa, anda boleh dapat harga tiket flight yang lebih murah.
*kami tak banyak shoping. sebab tujuan kami untuk relax2,. tapi salah 1 tempat shoping yang anda boleh pegi adalah di pasar fiipin.

*selamat berjalan ke Sabah
*jika anda naik kenderaan, boleh jimat untuk parking kereta di stesen ERL PUTRAJAYA, dgn kos sehari lebih kurang RM4, berbanding di klia yang kosnya jauh lebih tinggi Daripada stesen ERL putrajaya ke KLIA 2 mengambil masa 20 minit. setiap 30 minit ada ERL akan stop ambil penumpang. dan pada peak hour setiap 15 minit, tambang RM9.40 sehala kalau tak silap.






































maaf ye..gambar terabur.. hehe.. di borneo vista hotel, disediakan dengan pelbagai kelngkapan, sperti pinggan mangkuk, periuk, dapur, sabun joy basuh pinggan, pisau, senduk sudu garfu..

Sabtu, 28 Mei 2016

Q Bintang Hotel alor setar

Hang pi mana? Pi kedah

Bismillah awal pembuka bicara.. cuti sekolah pertengahan tahun 2016 telah bermula.. kali ini, kita ke negeri kedah utk sekali lagi.. tujuannya memenuhi jemputan majlis perkahwinan seorang lagi sahabat, Nadiatul Amalina binti Shahidan yg menetap di Jitra Kedah bertarikh 28 mei 2016..pasangannya orang sg.petani.. Selamat pengantin baru diucapkan..semoga kekal hingga ke jannah..

Oleh itu, pencarian tempat penginapan pun bermula.. pada awalnya bercadang utk cuba menginap di Tabung Haji hotel di kepala batas.. tetapi disebabkn kali ni kekurangan bajet, maka terpaksa cari penginapan yang kosnya lebih rendah.. anggaran harga TH Hotel rm180.. menurut review org ramai, masing2 memberikan komen yg memberansangkn dan sangat2 berpuas hati.. 

Akhirnya kami buat keputusan utk menginap di alor setar..kami menginap di Q Bintang Hotel.. hotel ini masih baru dan review orang ramai juga amat berpuas hati..bermula dari ulu tiram johor, jam 2 ptg selepas solat jumaat..singgah airport senai ambil kawan yang turut serta ke kedah..dan sampai hospital sg.buloh untuk pickup seorang lagi kawan..disebabkn jem, bergerak dr sg.buloh jam 7 mlm..dan alhmdulillah smpi di hotel jam 12.30 mlm..

Apabila sampai di hotel, sememangnya amat lah berpuas hati.. bilik katil queen berharga rm128 dan katil double single bed rm108.. siap dengan b.fast..cuma b.fast hanua diberikan voucher bernilai rm5 2 keping..makan di kedai hussain nasi kandar bersebelahan hotel.. banyak kemudahan yg ada.. internet juga boleh dilayari dalam bilik.. di bawah adalah gambar2 hotel..

Luar hotel

Lobby hotel

Ruang menunggu dan lift 1st floor

Laluan ke guest room

Depan lift 1st floor

Guest room

Toilet guest room

Guest room

Rabu, 24 Februari 2016

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI WANGSA - PROGRAM KUNTUM

KUNJUNGAN MESRA MAJALAH KUNTUM.

Pada 24 februari 2016, hari Rabu, Pusat Sumber Sekolah, SKTPW, menerima kunjungan daripada Majalah Kuntum. Crew ini datang dari Kuala Lumpur. mereka kunjungi 4 buah sekolah pada hari ini bagi mempromosikan majalah Kuntum. Kunjungan mereka kali ini merupakan kali ke 3 di SKTPW. Jualan majalah Kuntum hanya dijual pada harga RM2.50 sahaja untuk hari ini sahaja. Harga biasa adalah RM3.50..