Selasa, 13 Ogos 2019

PENGINAPAN DI MELAKA - D ATLANTIS RESIDENCE

D Atlantis Residence, Melaka

Bismillah..

assalamualaikum..selamat sejahtera..

Rasanya dah berkurun, sekian lama tak update apa-apa cerita. Tahun 2019, ini cerita pertama yang ingin dikongsikan, walaupun dah masuk bulan Ogos. Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.

So, untuk kali ini, nak dikongsikan tentang penginapan yang saya pilih untuk saya bawa keluarga saya bercuti. Kebetulan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini di dalam cuti sekolah pertengahan penggal kedua, sempatlah bawa keluarga berjalan, untuk relax-relax, ambil angin. Lupakan sekejap kesibukan kerja. Tujuan lain datang ke melaka ni pun sebab mak mertua ada urusan di Jabatan Akauntan Negara, Melaka.

Penginapan yang kami pilih adalah di D Atlantis Residence. Pemilik untuk penginapan kami adalah merupakan bekas guru besar sekolah di johor bahru, dan berbangsa melayu. Beliau mesra orangnya, baik dan mudah berurusan. Beliau juga ada perniagaan lain yang diuruskan oleh isteri beliau.

Berkaitan dengan penginapan pula, memang kami sangat-sangat berpuas hati. Ianya terletak di Kota Syahbandar, laluan untuk ke Klebang. Nak masuk ke Atlantis Residence ni perlu melalui pos guard dengan menggunakan kad akses. Biliknya terletak di blok D tingkat 8. So, boleh parkir kenderaan di tingkat 2 dan ke atas. Kad Akses diperlukan untuk menggunakan lift untuk naik ke tingkat 8.

Wow!! Begitulah perasaannya bila melangkah masuk ke dalam bilik. Tak tahu nak gunakan istilah bilik atau rumah atau apartment...hahaha.. ada 2 bilik dan 2 bilik air. Kemudahan lain yang disediakan,


  • LED tv ada 2 (1 ruang tamu dengan pelbagai channel dan boleh connect dengan youtube, dan 1 lagi dalam bilik utama).
  • peti sejuk 2 pintu
  • dapur masak
  • kelengkapan masak
  • pinggan mangkuk
  • mesin basuh
  • tuala
  • segala sabun,
  • internet
  • dilengkapi aircond (ruang tamu dan dalam bilik)
  • ish banyaklah. boleh tengok gambar
Next, pasal swimming pool. swimming pool di tingkat 7. Boleh turun guna lift atau tangga. Setingkat je pun. hehe.. Pool memang luas, ada playgroud dekat pool bahagian kanak-kanak. memang seronok. Untuk yang dewasa juga sangat luas. Tak bimbang kepala sondol kaki orang atau pung***g orang masa tengah berenang. haha.. CUMA, untuk peringatan, untuk masuk ke kawasan swimming pool ni kena pakai swimming suit. kalau tak cakap je bawa anak mandi, kita tak mandi. Tapi dalam kawasan pool ada security pusing, ronda dan tunggu. Pandai-pandailah, yang penting sama-sama kita saling menghormati. Untuk penginapan kami ada disediakan beberapa swimming suit untuk perempuan dan kanak-kanak. Lelaki tiada. Nak mandi juga, buka baju, pakai seluar tight dan seluar pendek ke. kalau tak duduk tepi je la. hehe..

Kesimpulannya kami sangat berpuas hati. terbaik.

Jom tengok gambar.


















Setakat ini dahulu cerita kita di D Atlantis Residence Melaka..

Semoga berjumpa lagi untuk akan datang.. bye bye..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan