"KAMI BANGGA MENJADI GURU" Alhamdulillah, dah 2 hingga 3 tahun aku bergelar sebagai seorang guru. Kini masuk tahun ke empat. Ini lah hasil dorongan keluarga. mak ayah suatu masa dahulu juga guru, abang dan isterinya guru, akakku juga guru. aku guru, isteriku juga guru. 5 tahun setengah berhempas pulas, diproses, dicuci diasak sebelum aku dan juga sahabatku keluar menjadi seorang guru.
Ipsah, tempat kami menimba ilmu dalam bidang perguruan. Banyak suka dan duka, kami tempuhi, pelbagai cerita terukir. Hari demi hari mengajar kami semua menjadi terus matang. 22 guru pelatih dalam jurusan matematik, kini bagai sebagai sebuah keluarga. 2012 kami meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH). 2013 kami ditempatkan. Hanya di majlis perkahwinan sahabat sahaja masa yang dapat bertemua bersua semula. 2013 hingga 2015 pasti banyak cerita yang nak dikongsikan. Maka, pada awal 2015, perancangan reunion bermula. jangkaan awal semuanya akan hadir. tapi, kia hanya merancang, penentunya Allah swt. sehinggalah sebulan sebelum hari yang ditetapkan utk majlis reunion, dijangkakan 15 orang sahaja. walauapapun, majlis ini tetap diteruskan.
Memandangkan ini merupakan kali pertama reunion, kami memutuskan untuk adakan di Sungai Petani, sebagai tempat yang penuh dengan kenangan manis dan pahit kami bersama. Perancangan awal, tempat penginapan adalah di SP INN, tetapi setelah membuat lawatan tapak, hehehe, keadaan penginapan di SP INN ada yang tidak menepati selera kami, maka cadangan seterusnya ialah di Big Orange hotel.. hotel bajet tetapi masih baru dan cantik. Memandangkan hotel ini hotel bajet, bilik agak terhad, dan tiada kelengkapan lift, sarapan juga terhad, dan masih ada lagi antara kami tidak dapat beri kata putus untuk hadir atau tidak. Akhirnya kami memutuskan untuk menginap di Park Avnue Hotel. Antara hotel besar di Sg. Petani. tiada kebimbangan kalau ada yang datang last minit.
Sehingga la pada hari kejadian, lebih kurang 12 orang sahaja yang join. Hotel Park Avenue ini, menyediakan sarapan pagi dan pilhan makanan yang banyak. Hotel Park Avenue, menawarkan harga 1 bilik rm175 untuk government, untuk 2 orang sekali b,fast.. biliknya cukup besar dan luas.. hotel ni juga ada sdiakan swimming pool.. apa lagi, itu la jadi sasaran utama.. haha.. Kami sampai di SP 9 Disember 2015..dan berakhir pada 10 disember 2015. Aku bertolak pukul 8 pagi dari batu pahat, dan 3 petang kami selamat check in hotel. 7 bilik telah ditempah, so, diorang yang lain datang tinggal sebut nama dan dapat kunci.. so aktiviti petang tu tak de apa sangat, sekadar sembang-sembang, dan ak plak pegi tengok tempat untuk makan malam.. Pukul 8.15 kami bergerak ke restoren yang dipilih, xingat plak nama restoren.. makanannya agak berpuas ati..semua berselera skali makan.. pukul 10 balik smula ke hotel.. yang laki apa lagi melepak sambil minum di kedai mamak..yang isteri dan anak-anak masuk bilik tidorrr..
10hb pagi bangun, sarapan dan berkubang di kolam renang.. lebih kurang jam 12 kami check oout dan trus melawat IPSAH, sambil jenguk-jenguk pensyarah yang ada..terutama di jabatan matematik..kami dah buat temu janji lebih awal dengan miss teoh. dan beberapa orang pensyarah yang lain. Selesai solat di IPSAH, dan meronda-ronda sekitar IPSAH, kami bergerak ke Centre Square, tempat berjoli dulu2 untuk makan tengah hari merangkap petang. Kami makan di kedai makan ASAMA.. masih sedap macam dahulu..keadaan cs pn dh banyak berubah.. dan petang itu juga, masing-masing gerak pulang, cuma aku ke stay untuk 2 hari lagi, sebab ada program lain.. dah panjang sgt, nnti cerita di entry lain plak.. meh tengok gambar plak..
jalopy putih sebelum bergerak
lobby p.avenue sebelum bergerak ke tempat dinner
dinner
sarapan pagi di p.avenue
mandi manda
miss teoh
jabatan matematik
library ipsah
asama CS