Selasa, 28 Oktober 2014

MY BABY BOY KHALISH

saya percaya, ramai  manusia di dunia ni akan berasa gembira dengan kehadiran cahaya mata dalam dirinya.. terutamanya yang pertama.. begitu juga diri saya.. pada tarikh 22 september 2014, hari selasa, telah lahir seorang lagi insan di dunia.. akhirnya saya bergelar seorang ayah kepada anak kecil bernama Syed Muhammad Khalish.. prasaan yang tak terhingga, dan sukar untuk digambarkan.. 

pada jam 10 pagi, isteri maklumkan pada saya, katany dah mula ada tanda2 nk bersalin, jadi saya minta isteri saya ajak ibu dan ayhnya bawak ke hospital utk check up.. jam 12 tengah hari, isteri call bagitahu dia dah kena tahan wad.. then selang beberapa minit lagi, dia call lagi ckp doktor suggest operate sbb baby dah berak.. dalam hati ini tak tahu nak kata mcm mna.. apa-apa pun saya serahkannnya pada allah.. jam 1 tgh hari saya terus bersiap-siap dan jam 2 petang saya trus ke hospital di batu pahat.. seram sejuk sepanjang perjalanan..

saya sampai di hospital pukul 4 petang.. pukul 4 petang juga isteri masuk ke bilik bedah.. tak sempat nak jumpa.. selama sejam setengah, pukul 5.32 petang, lahirnya anak kami.. dengan berat 2.82kg.. 2 hari 1 mlm, akhirnya isteri dan anak dibenarkan pulang..dan kedua-duanya sehat.. alhmdulilah..seterusnya tugas saya untuk uruskan sijil kelahiran dan memaklumkn di klinik kesihatan tentang kelahiran anak kami ini, tujuan untuk pemeriksaan oleh klinik kesihatan.. dalam masa 2 hingga 3 minggu nurse yg ditugaskan akan datang ke rumah untuk check ibu dan anak.. alhmdulillah, semuanya selamat dan sehat.. so hujung minggu balik lah saya dari jb ke batu pahat.. ahad, jam 5.45 pagi dr batu pahat trus ke sekolah..


KURSUS PLuG SUBJEK TMK TAHUN 5

bermula semalam, saya diarahkan untuk mengikuti kursus PLuG untuk mata pelajaran Tmk Tahun 5 bermula tahun depan.. untuk kursus kssr subjek ni telah dihadiri oleh guru yg mengajar subjek TMK ni.. memandangkan guru TMK ini seorang sahaja, dan bagi 1 aliran di sekolah saya ialah 7 kelas, saya diminta untuk turut mengajar subjek ini, maka, di sekolah saya, sk taman puteri wangsa, hanya ada 2 orang guru yg mengjar subjek TMK dan juga RBT, iaitu saya dan juga cikgu jamkhuri..orang kuat sekolah.. 


sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya merasakan ilmu saya semakin bertamah.. tak banyak, tapi ada la jugak.. misalny, blog ni,.sebelum ni saya penah buat 1 blog tp terbengkalai.. selain tu, belajar untuk membuat data.. ada juga diterangkan tentang networking.. agak menarik..tetapi penyampaian oleh penceramah sedikit kurang.. memang susah sebenarnya nak berceramah dan menerang sesuatu benda ni.. apa-apa pun pengisian tetap ada..
 
tetapi, terdetik di hati saya, adakah ini yang akan di ajar kepada murid tahun 5 nanti? jawapannya ya.. agak menggerunkan.. murid sekolah rendah, belajar networking, blog, data.. emm.. untuk apa diorang belajar di peringkat ni? alangkan cikgu pun ada yang terkial-kial nak buat.. kalo yang expert tu mmg la hebat.. kalo budak nak ingat semua ni mcm  tak brapa nk relevan pada peringkat mereka.. ada dengar juga, tahun 6 nanti akan belajar programming.. wow.. sekolah rendah dah belajar networking, programing, data.. lpastu kejeny hack org laaa.. tu pun kalo budak pandai la..budak berpendaptan sederhana,atau rendah, mgkin xda kemudahan ini, mesti mcm pelik jee.. 

kenapa mereka di ajar dan didedahkan dengan benda ni? Apa tujuanya? masa interaksi dengan murid, 2 kali seminggu.. pasti sukar untuk menghabiskan silibus, tapi tetap kena habiskan..apakah kepentingan untuk mereka.. kesian kat budak-budak.. insya allah cikgu akan cuba ya wahai anak-anak muridku sekalian.. 

SERVIS BRAKE

SERVIS BRAKE PAD

kali ini servis brake pad plak.. brake pad ni bergantung pada penggunaan kita.. kalo kuat brake cpt la habis brake padnya..mcm mana nak tau dh habis ke tidak? pada brake pad ada penanda besi, sekiranya brake pad sudh nipis, penanda tu akan kena, dan bergesel dengan disc brake, dan akan mengeluarkan bunyi..biasanya bunyi nyaring.. lagi satu bila brake rasa memang tak sedap.. rasa kesat je..  di bawah ini adalah langkah-langkah menukar brake pad.. kos untuk brake pad bergantung pada jenisnya..kalo ori proton jenama amp untuk sepasang.. (kiri dan kanan tayar ) rm45 sahaja..boleh beli di kedai spare part.. ada jugak bebrapa jenis lain yg boleh mencecah sehingga beratus-ratus ringgit.. antaranya brembo, bosch, dan pelbagai lagi..

penyediaan bahan dan alatan..

jack kereta dan tanggalkan tayar..

buka pam dia tuh.. 

pad yang lama diganti yang baru..

pasang semula

akhir sekali pasang semula tayar.. maka siaplah tukar brake pad.. lakukan perkara yang sama di sebelah lagi..


tips tambahan
sampai satu masa, kadang-kadang bila brake, stereng gegar.. jika setiap kali brake gegar, walaupun brake pad baru tukar,maknanya itu msalah disc.. disc brake dah bengkok atau xrata.,kalo brake pad dah nipis lagi kuat gegarnya.. so, salah satu cra penyelesaian ialah dengan membuat lay disc.. tu kena buat kat kedai tayar.. lay disc ni maksudnya disc tadi akan dikikis menggunakan mesin khas untuk melicinkan balik.. caranya disc perlu ditanggalkan.. disc ni boleh ditanggalkan sendir atau hantar je kat kedai, so dia akan buat..kos lay disc ni dlm anggaran rm100 sepasang..tu harga 2 3 tahun lepas.. sekarang tak pasti.. mgkin rm100 lbih ke rm200..bila dah lay disc, kemungkinan untuk bengkok lagi memang ada.. tmbahan pula disc tu dh dkikis, maka disc tu makin nipis..sikit je la.. cara lain tukar je yang baru.. untuk persona, sepasang, yang baru rm150 - rm200.. pengalaman aku, dulu penah lay, pastu bengkok lagi, akhirnya aku tukar yang baru, jenama brembo..harga rm250.. beli di kedai acc brothers..bawah ni contoh lay disc brake ..





RAYA 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014



tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut syawal sebagai seorang suami dan bakal menjadi bapa.. sepertimana biasa, untuk sesetengah keluarga, isu yang biasa timbul ialah nk balik raya, balik belah isteri atau suami..ada yang balik rumah isteri je raya pertama, raya kedua rumah suami, atau sebaliknya, ada juga bergilir-gilir, tahun ni, raya pertama rumah isteri, tahun depan rumah suami.. tetapi, aku pula, dalam satu hari 2 3 kali ulang alik..hehe.. sebab jarak tak jauh, 30km je.. parit.jawa ke simpang 5 batu pahat.. 30 minit je..sesungguhny perasaan itu telah  berbeza.. beraya sebagai seorang bujang dengan menjadi seorang suami....

makcik, puksu, dan fatin..

along, n adik kecikku jaja..

bonda dan ayahnda..

muksu, makcik, dan anak2 sedaranya..

diri ni bersama isteri

diri ini bersama isteri

along bersama adik ipar..hehe

emmmm

my family

BRAKE DRUM TUKAR DISC BRAKE..



apabila kita berada di atas jalan raya, peratus hidup dan mati kita menjadi 50%.. orang kata malang tidak berbau.. kalau kita memandu atau menunggang dengan berhemah sekali pn, jika malang itu nak smpai, kita tidak tak mampu untuk lari darinya..sesungguhnya segala perkara itu allah yang tentukan.. walau macam mana pun, kita seharusnya, dan menjadi wajib supaya berusaha menjaga keselamatan kereta..zaman kini kereta telah dilengkapi dengan pelbagai sistem keselematan.. antaranya, airbag, sistem kawalan kereta, sistem brake, abs(anti braking lock system)..semua ni adalah untuk keselamatan pemandu dan penumpang.. bagi persona model base line, sistem brake blakang menggunakan drum brake.. hanya depan sahaja menggunakan disc..
drum brake

disc brake

penggunaan disc membuatkan brake kita lebih baik dan lebih cengkam.. oleh sebab itu, aku pun bercadang untuk mengupgrade brake drum aku ke disc brake.. so, aku pn melakukan survey, tanya member, bengkel, dan rujuk di internet.. brape kos untuk tukar ke disc brake.. anggaran paling murah rm700 ke 1000+++.. mengikut beberapa faktor la.. antaranya jenis brake yang nk digunakan, nak murah boleh pakai original proton.. atau pun boleh ke kedai potong, amik dari keta lain, yang sesuai selalunya kereta mitsubishi.. selepas membuat penilaian, aku jumpa kedai yang jual brake disc, baru satu set dengan cable semua.. original.. harga rm550, kalo tak silap.. akhirnya aku ambil keputusan untuk menukar sendiri di rumah.. agak sukar, memerlukan tenaga yang banyak, terutamanya bila buat seorang diri.. huhu.. dan yang pasti mengambil msa sikit untuk buat benda ni..





maaf la, gambar yang dah siap tak sempat nak ambil, tangan kotor..hehe.. kerja yang agak rumit.. bila dah siap, jangan lupa untuk isi minyak brake.. hati2, disebabkan kita dah buka cable minyak brake blakang, so, akan ada gelembung2 udara dlam salur.. jadi kena btolkan balik..alamak tak ingat plak apa nama dia..minyak di pam semula dengan cara tertentu untuk buang udara dalam salur..jika tidak, brake tidak berfungsi dengan baik..brake tidak cengkam..so, total kos, tak sampai rm700.. hehe..

MINYAK PELINCIR

SERVIS MINYAK HITAM
ruang ini akan aku cerita sedikit-sedikit aku servis keretaku.. normal, servis tukar minyak hitam la.. yang pasti seitap 5000 atau 10000km perlu ditukar.. bagi keretaku, setiap 10k km.. jom tengok apa yang diservis..





servis minyak hitam.. kalo dilihat, aku menggunakan minyak hitam liqui moly, 10w40.. semi synthetic..tapi kebiasaannya aku akan guna minyak hitam total, semi synthetic, 5w30.. memang puas ati.. jimat minyak dan smooth.. kebiasaanya bila tukar minyak pasti sekali dengan oil filter.. bila buat sendiri jimat sikit.. kos untuk servis minyak hitam ni :

1. minya pelincir(semi synthetic-jenama total) : rm110
2. oil filter    : rm8

total rm118..

kalo tengok pada gambar, saya tukar juga air filter, dan spark plug.. air filter dgn spark plug ni bergantung pada jenama dan jenis.. kalo guna yang ori murah sahaja..kalo tukar 4 benda tu kos boleh dapat bawah rm200..untuk air filter jika dah kotor teruk, boleh la tukar, kalo bersih lgi boleh digunakan lagi.. untuk spark plug standard setiap 30000km.. kalo pakai iridium 3 kali ganda tahannya..harga pn tinggi sikit la.. huhu





MY PE JMD2007

ini cerita tentang kenderaan yang banyak jasanya pada aku.. proton persona elegance, base line batch 2010.. haa.. aku ni sangat teruja dengan kenderaan.. terutamanya kereta.. banyak benda juga yang saya belajar tentang kereta dari ayahku.. so kebiasaannya maintanence kereta mmg aku akan buat sendiri..slah satunya untuk jimat.. maka, persona aku yang basic kini telah berubah sedikit demi sedikit.. biasala, base line ni memang kosong.. sport light pn tak de.. apa lagi, benda pertama, pasang sport light.. then, rim yg diberi proton rim kompang, sakit plak mata.. maka ditukar pakai rim16..tp kini pakai rim 17 dan ada lagi beberapa benda yang telah ditambah pada persona eleganceku.. Kemudian, aku masuk pula kelab kereta.. Proton Persona Elegance Owner's Club (PPEOC).. dalam kelab ni pun ak blajar banyak benda tentang kereta.. kat bawah ni sampel awal my PE..

my PE @ 2010

my PE @ 2014
xterlalu banyak perubahan, upgrade sikit2