Jumaat, 11 Disember 2015

REUNION KALI PERTAMA DI PARK AVENUE SUNGAI PETANI

IPSAH PISMP MATH JAN 09 1st REUNION

"KAMI BANGGA MENJADI GURU" Alhamdulillah, dah 2 hingga 3 tahun aku bergelar sebagai seorang guru. Kini masuk tahun ke empat. Ini lah hasil dorongan keluarga. mak ayah suatu masa dahulu juga guru, abang dan isterinya guru, akakku juga guru. aku guru, isteriku juga guru. 5 tahun setengah berhempas pulas, diproses, dicuci diasak sebelum aku dan juga sahabatku keluar menjadi seorang guru.

Ipsah, tempat kami menimba ilmu dalam bidang perguruan. Banyak suka dan duka, kami tempuhi, pelbagai cerita terukir. Hari demi hari mengajar kami semua menjadi terus matang. 22 guru pelatih dalam jurusan matematik, kini bagai sebagai sebuah keluarga. 2012 kami meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH). 2013 kami ditempatkan. Hanya di majlis perkahwinan sahabat sahaja masa yang dapat bertemua bersua semula. 2013 hingga 2015 pasti banyak cerita yang nak dikongsikan. Maka, pada awal 2015, perancangan reunion bermula. jangkaan awal semuanya akan hadir. tapi, kia hanya merancang, penentunya Allah swt. sehinggalah sebulan sebelum hari yang ditetapkan utk majlis reunion, dijangkakan 15 orang sahaja. walauapapun, majlis ini tetap diteruskan.

Memandangkan ini merupakan kali pertama reunion, kami memutuskan untuk adakan di Sungai Petani, sebagai tempat yang penuh dengan  kenangan manis dan pahit kami bersama. Perancangan awal, tempat penginapan adalah di SP INN, tetapi setelah membuat lawatan tapak, hehehe, keadaan penginapan di SP INN ada yang tidak menepati selera kami, maka cadangan seterusnya ialah di Big Orange hotel.. hotel bajet tetapi masih baru dan cantik. Memandangkan hotel ini hotel bajet, bilik agak terhad, dan tiada kelengkapan lift, sarapan juga terhad, dan masih ada lagi antara kami tidak dapat beri kata putus untuk hadir atau tidak. Akhirnya kami memutuskan untuk menginap di Park Avnue Hotel. Antara hotel besar di Sg. Petani. tiada kebimbangan kalau ada yang datang last minit.

Sehingga la pada hari kejadian, lebih kurang 12 orang sahaja yang join. Hotel Park Avenue ini, menyediakan sarapan pagi dan pilhan makanan yang banyak. Hotel Park Avenue, menawarkan harga 1 bilik rm175 untuk government, untuk 2 orang sekali b,fast.. biliknya cukup besar dan luas.. hotel ni juga ada sdiakan swimming pool.. apa lagi, itu la jadi sasaran utama.. haha.. Kami sampai di SP 9 Disember 2015..dan berakhir pada 10 disember 2015. Aku bertolak pukul 8 pagi dari batu pahat, dan 3 petang kami selamat check in hotel. 7 bilik telah ditempah, so, diorang yang lain datang tinggal sebut nama dan dapat kunci.. so aktiviti petang tu tak de apa sangat, sekadar sembang-sembang, dan ak plak pegi tengok tempat untuk makan  malam.. Pukul 8.15 kami bergerak ke restoren yang dipilih, xingat plak nama restoren.. makanannya agak berpuas ati..semua berselera skali makan.. pukul 10 balik smula ke hotel.. yang laki apa lagi melepak sambil minum di kedai mamak..yang isteri dan anak-anak masuk bilik tidorrr..

10hb pagi bangun, sarapan dan berkubang di kolam renang.. lebih kurang jam 12 kami check oout dan trus melawat IPSAH, sambil jenguk-jenguk pensyarah yang ada..terutama di jabatan matematik..kami dah buat temu janji lebih awal dengan miss teoh. dan beberapa orang pensyarah yang lain. Selesai solat di IPSAH, dan meronda-ronda sekitar IPSAH, kami bergerak ke Centre Square, tempat berjoli dulu2 untuk makan tengah hari merangkap petang. Kami makan di kedai makan ASAMA.. masih sedap macam dahulu..keadaan cs pn dh banyak berubah.. dan petang itu juga, masing-masing gerak pulang, cuma aku ke stay untuk 2 hari lagi, sebab ada program lain.. dah panjang sgt, nnti cerita di entry lain plak.. meh tengok gambar plak..

jalopy putih sebelum bergerak

lobby p.avenue sebelum bergerak ke tempat dinner 



dinner


sarapan pagi di p.avenue


mandi manda







miss teoh

jabatan matematik



library ipsah















asama CS


Isnin, 21 September 2015

KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS 2nd NIGHT SP INN

SUNGAI PETANI INN (SP INN)

Ini sambungan cerita aku ke sungai petani untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kawan.. pada cadangan asal kami nak terus balik ke johor lepas majlis kat perlis.. tapi ayah mentua berat kata nak tido satu malam lagi.. Jadinya selepas majlis di perlis, kami ke alor setar, minum petang dengan 2 org member kat kedah.. lebih kurng pukul 6.30ptg kami terus ke sungai petani..Pd malam pertama kami menginap di Big Orange hotel, boleh tengok di reivew di link ini KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS, dan hotel pilihan untuk malam kedua ni adalah di SP INN.. Nama lain hotel ni ialah Amanpura..

Bagus juga stay 1 mlm lagi kat sungai petani ni.. dapat survey tempat untuk bwat reunion bulan 11 nnti.. sebelum ni ada contact SP INN ni utk tny rate dia.. katanya rate untuk standard room rm145 siap b.fast.. emm.. tgk pd harga dan pd gambar dalam laman web dia mmg agak berpatutan.. Jadinya, aku pun ambil peluang ni nak tengok dengan mata aku sendiri dan merasai sendiri keadaan hotel ini mcm mana..

Kami check in pkul 7.15 ptg pd hari Isnin..pada masa ni tak ramai orang datang bercuti.. masa kami check in, kami family yang ketiga rasanya check in.. haha.. pada mulanya rasa gembira bila kata harga bilik rm145 siap b.fast.. Mengikut research yg aku buat, ada byk facilities kat hotel ni,,Jom kita tengok apa yg kita dapat dengan harga rm145 ni,.

1st, mmg nampak ada swimming pool,. dah terbayang dah pagi esoknya nak bawak si kecik mandi pool.. hehe,, so, slah 1 facilities yg ada ialah swimming pool.. then kami pun masuk ke bilik.. rupanya bilik yg berharga rm145 ni bilik lama hotel ni yg di renovate smula.. bukan seperti mana yg ada dalam laman web.. kegembiraan di hati dah mula rasa menurun sikit..hahaha.. Gambar kat bawah ni adalah gambar bilik untuk standard room..







Pd pndapat aku, dengan harga rm145 sepatutnya boleh dpt bilik yg lebih baik.. tp sebab dengan bfast kira ok la.. swimming tu sbgai bonus la.. hehe..kenapa aku ckp mcm tu sebb perabotnya agak lama, 
ada plug letrik yg tidak boleh digunakan, suis yang digunakan suis lama.. nak cas hp, terpaksa off tv untuk psang charger hp.. haha.. Pintu bilik air plak susah nak kunci..haha..

Pada keesokkan harinya plak, kami pun pergi la b.fast, bila nak b.fast tiada makanan disediakan.. alamak!!! mcm mna ni.. rupanya, tak ramai yg menginap kat hotel ni, jadi buffet tidak disediakan..kena order..haha.. tempat makan dia agak luas dan selesa.. lagipun kami pernah makan malam kat sini..






Dah selesai makan, aku pun bawa la si kecik mandi pool.. hehe,,pool dia ada 2 bahagian yg terpisah, satu untuk kanak2, satu lagi utk dewasa.. swimming pool ok, not bad, cuma ada sikit2 lumut..mgkin belum cuci agknya.. tp bila mcm tuh, aku nak berendam pun rsa mcm xbest.. haha.. 



Begitulah kisahnya cerita ke utara.. emm.. secara keseluruhannya yg boleh aku katakan hotel ni ok la..not bad.. facilitiesnya agak lengkap.. cuma, pihak hotel perlu mengemaskini lagi keadaan hotel supaya pelanggan lebih rasa selesa.. 

Di bawah ni gambar bilik standard yg baru tp xmcm baru.. hehe.. tp harga yang diberi RM175..  ak xberani nak kata mahal ke murah cuma, di PARK AVENUE HOTEL boleh dapat harga RM164 dengan bilik yg lebih besar siap b.fast, dengan fasilities yg lebih baik.. mcm tu jgk di SWISS INN HOTEL boleh dapat harga RM177 siap b.fast,  dan facilities yg lebih sempurna.. 




Ahad, 20 September 2015

KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS

BIG ORANGE HOTEL SP
Agak lama tidak menjenguk blog ni..dengan kesibukan kerja yg semakin bertambah sekian hari..kalau dulu orang kata kerja cikgu tu mudah.. tpi hari ini byk cbrn yg perlu diharungi..
Hari ni bukan nak cerita pasal tugas guru.. tp di waktu cuti sekolah ini, pasti mnjadi satu kbiasaan kita, menerima jmputan majlis kahwin..tidak ketinggalan saya juga mndapt undangan majlis pkhwinan.. kali ini, ke arah utara pula.. sy dapat undangan dari teman baik dan kami pernah bkerjasama dalam satu team..
Satu team dlm jejak insan.. menjalankn kursus marshal..juga merupakan shbt dlm team silat cekak pusaka hanafi..selamat pengantin baru ainun nasibah binti johar..
Rumahnya di nibong tebal..tp lepas bincang2 dgn shbt lain, maka kami pakat utk pergi majlis sebelah lelaki di kaki bukit perlis..jadinya sy membuat keputusan utk menginap di sp.. boleh la nak tengok2 tempat utk buat reunion classmate pd bulan november nnt..
Kali ini, sy telah pilih hotel yg sederhana..kerana bajet yg tidak begitu byk..lebih2 lagi bulan nov dan dec akan dtg lagi ke utara..sy pun survey2 hotel di internet dan di laman web trivago.. hotel? Trivago... hehe..
Terjumpa satu hotel baru di sp.. BIG ORANGE HOTEL namanya.. tengok pada gambar memang nampak hotelny baru..saya pun call utk dptkan harga.. rate utk standard room lebih kurang rm80 ke rm90.. utk family room yg boleh memuatkan 4 org dewasa harganya rm158.. utk govermant dpt 10% discount.. agak teruja bila dia kata ada discount utk governmant.. biasanya 3bintang ke atas je dpt discount..sy pun setuju dgn tawaran yg diberikan..
Maka tarikh 20hb 9, hari ahad, sy bersama isteri, anak, dan juga ibu bapa mertua bertolak dr batu pahat johor jam 3 ptg..semasa pjlanan, jumlah kenderaan mmg banyak, mmndangkn skrg ni musim cuti sekolah.. kami tiba di sungai petani jam 11 mlm..dan 11.15 kami check in hotel.. dr segi keadaan hotel mmg memuaskan.. mmg seperti baru beroperasi...bersih dan kemas.. breakfast juga disediakan tp terhad pilihan mknn.. dimaklumkan pilihan yg ada nasi lemak, nestum, biskut, roti bakar.. sedikit kekurangan, hotel ini tidak ada lift..bilĂ  masuk bilik mmg agak bpuas hati..keadaan bilik juga slesa dan kmas..tandas yg agak luas.. bertepatan dgn harga yg diberikan..bagi sesiapa yg singgah ke sungai petani, boleh cuba utk menginap di sini..

Keselesaan bilik - 5/5
Saiz bilik - 3.5/5
Facilities - 3.5/5
       -  no lift
       -  b.fast terhad
Harga - 4.5/5
Servis - 4/5

Ini dr pndangan sy terhadap Big Orange hotel..














Sabtu, 20 Jun 2015

SMHJ: JOM LANGKAWI

SMHJ: JOM LANGKAWI: HOTEL HAJI ISMAIL GROUP sambungan cerita percutian cuti sekolah akhir tahun 2014.. seminggu selepas balik dari kelantan dan terengganu, ki...

Selasa, 16 Jun 2015

SMHJ: BEREHAT SEKETIKA DI DESARU

SMHJ: BEREHAT SEKETIKA DI DESARU: PULAI DESARU sekian lama tidak mengemas kini my blog. kesibukan kerja menyekat untuk buat aktiviti lapang macam ni.. ini pun kebetulan onl...