Khamis, 17 Oktober 2019

BAWA KENDERAAN MASUK LANGKAWI

Langkawi Auto Express


Bismillah..
Assalammualaikumdan salam sejahtera..

Perkongsiaan pada kali ini adalah tentang percutian ke Pulau Langkawi dan khusus tentang membawa masuk kenderaan ke Pulau Langkawi.

Baru-baru ni saya sekali lagi membawa masuk kereta saya ke Pulau Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan ferri iaitu Langkawi Auto Express. Sebenarnya ada lagi dua syarikat yg menyediakan perkhidmatan membawa kenderaan masuk keluar ke Pulau Langkawi, iaitu Langkawi Roro dan Dibuk.

Untuk makluman,untuk perkhidmatan Langkawi Auto Express dan juga Langkawi roro, boleh ditempah melalui laman web rasmi mereka. Manakala untuk Dibuk hanya terima tempahan melalui panggilan telefon sahaja. 

Langkah-langkah untuk tempahan :
1. Buka laman rasmi syarikat berkenaan
     Langkawi Auto Express
    atau
    Langkawi RO RO
2. Isikan makluman yang diminta
3. Buat pembayaran atas talian (online payment - kredit@debit atau tolak terus daripada akaun bank anda)
4. Cetak maklumat tempahan dan tiket yang dihantar ke email anda.
5. Hantar salinan geran kereta dan salinan ic pemilik ke email syarikat berkenaan.

Setelah selesai urusan tempahan, tunggu pada hari yang dinantikan. Pada hari tersebut, anda perlu berada di jeti Kuala Perlis atau tanjung limbong ( Pualau Langkawi) 2 jam sebelum waktu berlepas, dan anda perlu ke kaunter syarikat berkenaan untuk pengesahan tempahan. Sila bawa bersama maklumat tempahan@tiket dan geran original kereta anda bagi tujuan pengesahan tersebut. 

Setelah selesai membuat pengesahan, tunggu sehingga dipaanggil masuk ke dalam feri. 

Feri tersebut ada ruang menunggu yang selesa dan luas dilengkapi dengan penghawa dingin dan television. Selain itu, gerai jualan makann ringan turut tersedia. Ada feri yang ada meja dalam ruang menunggu. Boleh bawa bekal dan makan. Ada yang kerusi sahaja.. walaubagaimanapun keadaan dalam ruang menunggu selesa. Anda juga boleh menunggu dalam kereta anda untuk melayan angin laut yang sungguh nyaman dan damai. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam. Purata 2 jam setengah. Dan kalau ditanya berbaloi atau tidak, bagi pendapat saya ianya sangat berbaloi sekiranya percutiaan anda ke Pulau Langkawi sekurang-kurangnya 2 malam dan ke atas. Selamat mencuba dan selamat bercuti..