Bila sebut Cameron Highland, pasti semua akan membayangkan buah strawberi..Biarpun berada di kawasan tanah tinggi, jalannya berliku-liku,Cameron Highland tetap menjadi pusat tumpuan rakyat Malaysia. terutamanya pada waktu cuti sekolah. Bila tiba cuti sekolah, orang ramai mula membanjiri kawasan tanah tinggi ini,.
Maka tahun 2017 ini, kami turut tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke sini. Cuma pada tahun-tahun sebelum kami pernah pergi ketika cuti sekolah, dan akibatnya, ada di sesetengah kawasan kami terpaksa bersesak-sesak. dari segi lalu lintas pula, tidak usah dikata, perjalanan dari Brinchang ke Tanah Rata, mengambil masa 2 jam yang sepatutnya hanya dalam 10 ke 15 minit sahaja.
Oleh itu, kami memilih cuti hujung minggu untuk ke Cameron Highland..Kebetulan, pada 26hb 10, merupakan hari HOL Sultan negeri Johor, maka kami tidak melepaskan peluang ini. Seminggu sebelum tarikh tersebut, kami telah mula membuat pencarian untuk penginapan. Seperti biasa, Hotel? Trivago.. haa.. untuk anda, pada masa kini, boleh gunakan web seperti TRIVAGO , EXPEDIA, AGODA, TRAVELOKA, BOOKING.COM dan banyak lagi web yang ada untuk kita buat pilihan penginapan.. dan cara bayaran juga mudah..untuk cara bayaran saya akan share di entry yang lain..
Jadi pilihan kami kali ini adalah di Tanah Rata. Penginapan kami merupakan sebuah apartment yang terletak di kawasan yang baru dinaikkan iaitu Golden Hill. dan untuk pengetahuan semua, di sini juga lah merupakan tapak baru untuk pasar malam yang dahulunya terletak di Brinchang.
Nolina Food Restaurant
itulah kawasan atau tapak pasar malam
Nolina Food Restaurant
Maka, hari yang dinanti telah tiba, dan ini adalah kisah perjalanan kami ke Cameron Highland.. Kami mula bergerak dari Batu Pahat pada jam 6 pagi,dan juga perjalanan lancar. Kami naik menerusi Simpang Pulai,. dan ketika jam 2 ptg kami tiba di Kea Farm. Persinggahan pertama adalah kedai makan. orang rumah ada buat review sikit, maka kami pun singgah di kedai makan Nolina Food Restaurant.. Kedai ini terletak sebelum pasar Kea Farm jika datang dari arah Simpang Pulai.. komen kami untuk kedai ini ialah, pilihan makanan yang memadai, tidak terlalu banyak, tetapi ada lebih kurang 10 pilhan lauk, anda rasa banyak ke tidak? dari segi harga? emm... makan 4 orang, seorang kanak-kanak 3 tahun, dengan bayaran RM26.50.. adakah ianya mahal? anda sendiri jawab.. hehe..
Play Residence Golden Hill
Selesai makan, kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu Play Residence Golden Hill.. Di sini banyak lagi pilhan lain.. antaranya Cameron Golden Hill Resort, The Woodz X Vintage Homestay, dan banyak lagi.. keadaan dalam apartment adalah sama.. yang membezakannya adalah dekorasi dalaman. So, anda boleh ikut pilhan sendiri dan banding harga, Mereka menyediakan beberapa kategori, seperti studio, apartment 2 atau 3 bilik. Penginapan yang kami pilih adalah apartment 2 bilik yang memuatkan 4 orng dewasa,. bilik air mempunyai heater style hotel.. maksudnya bukan heater yang lekat kat dinding, tapi jenis paip yang kiri panas kanan sejuk.. pahamkan? hanya menggunakan 1 suis utama untuk heater, semua paip sinki dan shower mempunyai panas sejuk. ruang dalaman yang sangat kemas. dan penginapan kami dilengkapi peralatan memasak, pinggan cawan (tiada bahan mentah) dan LED TV 40 Inch dan juga astro Njoy..Kebetulan kami ada bawa netbook, so malam layan movie dalam external hard disk..hehe.. Roof top apartment plak ada taman, boleh la bergambar.. kalau waktu pagi boleh rasa kabus pagi yang nyaman dan sejuk. Di kawasan apartment ada kemudahan self service dobby dan kedai runcit.. 7 eleven tunggu masa nak open ceremony.. haha.. kedai makan juga ada tapi tak banyak.. kalau nk ke pasar malam pada hujung minggu, hanya turun dan jalan kaki sahaja.
200 Seeds Abang Strawberi
Selesai cerita penginapan, next kami pergi makan mlm di 200 seeds abang strawberi yang telah tular di laman sosial yang terletak di Kampung Sedia (Tanah Rata).. review kami untuk kedai makan ini adalah memuaskan dari segi citarasanya.. makanannya sedap dan berasa kata orang..cuma masa kami datang orang tak ramai kerana dah nak tutup..kedainya beroperasi jam 8 pagi hingga 8 malam.. dan kami datang pada keesokkan harinya, orang ramai memenuhi ruang kedai.. jadi kami pun terus mencari kedai makan yang lain.. dan di sini ada dijual sambal strawberi dengan harga RM16.90..rasanya seperti sambal kering, cuma ada rasa masam-masam strawberi sikit.. harga makan di kedai ini pula, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.. makan 4 orang, nasi goreng, ada yang nasi putih, roti bakar, air panas, RM50 ke RM60.. satu lagi, anda juga boleh petik strawberi di sini (macam biasa, bukan free la)..
Lavender Garden
Next kami ada ke Lavender Garden.. Kebiasaannya mesti ramai, dan menghilangkan keinginan kami utk masuk.. tetapi kali ini, kami berpeluang untuk masuk kerana tidak terlalu ramai. bayaran masuk adalah RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak 5 hingga 12 tahun RM7.. dan masanya hanya sampai jam 6 petang. Terdapat mini cafe, kedai cenderamata, kedai aiskrim, ada di dalam garden ini. bunga sudah tentu memenuhi garden ini.. tetapi bukanlah lavendar sahaja, tapi bunga lain turut ditanam memenuhi dan menghiasi garden ini.
Boh Plantation Sungai Palas
Next adalah Boh Plantation Sungai Palas.. Memandangkan kami menetap di Tanah Rata, kami perlu berpatah balik ke arah Kea Farm, kerana Boh Plantation ini berdekatan kawasan Kea Farm,. Jalan masuk adalah berdepan dengan Arandanova, Cameron Square. Pemandangan di sini memang amat cantik, sehingga ada pengambaran filem yang dijalankan di sini.. Ombak Rindu diantaranya dan juga Dendam Arora.. Cuma nak dapat sesuatu yang indah bukan mudah.. haha.. jalan untuk sampai Boh Plantation ini,agak mencabar kerana laluan yang kecil dan berliku,. Di setiap liku-liku jalan anda perlu membunyikan hon untuk elakkan daripada bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.. tetapi jangan risau, ruang untuk berselisih tetap ada.. dan pastikan juga tahap pemanduan anda baik dan cekap. dan setelah sampai, anda perlu meniti 90 anak tangga dari parking kereta ke atas..fuuhh.. agak penat tetapi puas, kerana pemandangan yang indah dan restoren menanti di atas sana..ada banyak pilihan teh yang anda boleh pilih, dan juga puff dan cheese kek pelbagai rasa..harganya dah tentu bergantung pada jenis teh yang dipilih.. yang paling murah adalah teh uncang boh.. saya telah memilih teh untuk seorang minum, tak ingat nama teh tuh.. Dihidangkan dalam teko seramik bersaiz kecil, cawan, dan penapis.. kerana dalam teko itu diisi air teh bersama daun teh tersebut.. bukan pakai uncang. so anda gunakan penapis dan tuang dalam cawan.. boleh dapat dua kali tuang dalam cawan tuh.. gula disediakan di atas setiap meja makan, maka anda boleh meletakkan gula mengikut citarasa anda. Harganya RM4.90.. dan ada yang lebih mahal harganya.. Di sini juga terleyaknya kilang Boh tersbut serta galeri sejarah Boh ni..kedai jualan produk juga sudah tentu ada..
Kea Farm Gesthouse dan Big Red Strawbery
Maka tempat-tempat utama yang hendak di tuju telah tercapai.. dan seterusnya adalah tempat-tempat biasa yang dilawati..antaranya pasar Kea Farm, untuk beli sayur, buah strawberi, jagung dan lain-lain.. dan sebelum balik, kami singgah di Big Red Strawberi di Brinchang.. di sini anda boleh petik buah strawberi, cuma kawasan di sini berbukit, jadi nak mudah dan tak nak terlalu penat, boleh parking kereta di bahagian tengah..pastikan juga teknik memandu menaiki bukit adlah betul.. amik lajak.. jika semasa menaiki bukit, anda berhenti, dan nak naik semula, bimbang kereta tak boleh naik dan mengundur semula.. berlaku ketika kami singgah di sini.. ada sebuah kereta yang tidak dapat naik,dan enjin mula mengeluarkan bau hangit dan berasap.. setelah dibantu, kereta itu berjaya naik ke atas... kami singgah Big Red Strawberi ni nak beli aiskrim je.. tetapi di cafe dia ada banyak pilihan makanan berasaskan strawberi dan sayuran.. Selesai beli, kami meneruskan perjalanan untuk ke Teluk Intan menerusi laluan Tapah..
Jika melalui laluan Tapah, anda perlu lebih berhati-hati, kerana jalan yang lebih sempit, lebih berliku, dan keadaan jalan yang kurang baik.. pesanan saya, pastikan enjin, tayar, dan brek berada dalam keadaan baik..gunakan gear yang rendah semasa meneruni kawasan ini.. begitu lah lebih kurang percutian kami dengan huraian yang agak panjang..hehe..
6 pagi - dari batu pahat
8-8.30 pagi - sarapan di rnr ayer keroh
12.00-12.30 - rnr tapah (mandikan budak2)
2ptg - kedai makan Nolina Food Restaurant
3ptg - Check in apartment
4ptg - ke Lavendar garden
4.30 ptg - lavendar garden,
6.15ptg singgah beli ubi dan jagung di pasar Kea Farm,
6.45ptg - 200 seeds abang strawberi
8.00 mlm balik apartment dan rehat
next day
10.30 pagi bergambar di roof top apartment
11.00 pagi sarapan di Tanah Rata ,berdekatan dengan stesyen bas..
12 tgh hari check out apartment
12.30 pasar Kea Farm
1.30 - 3.30 Boh Plantation Sg Palas
4.00 - Big Red Strawberi
4.30 - makan di Tanah Rata (berdekatan Stesyen Bas)
5.30 - mula bergerak
6.00 solat asar di Ringlet
7.15 sampai Tapah dan terus ke Teluk Intan

Kea Farm gesthouse
Kea Farm gesthouse
Kea Farm gesthouse
Kea Farm gesthouse
Kea Farm gesthouse
Kea Farm gesthouse
Di pasar Kea Farm ada gesthouse yang baru siap dan sedia untuk diduduki.. ada taman yang cantik dan juga cafe.. menarik jugak.. biliknya style minimalis..
Big Red Strawberi