Isnin, 21 September 2015

KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS 2nd NIGHT SP INN

SUNGAI PETANI INN (SP INN)

Ini sambungan cerita aku ke sungai petani untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kawan.. pada cadangan asal kami nak terus balik ke johor lepas majlis kat perlis.. tapi ayah mentua berat kata nak tido satu malam lagi.. Jadinya selepas majlis di perlis, kami ke alor setar, minum petang dengan 2 org member kat kedah.. lebih kurng pukul 6.30ptg kami terus ke sungai petani..Pd malam pertama kami menginap di Big Orange hotel, boleh tengok di reivew di link ini KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS, dan hotel pilihan untuk malam kedua ni adalah di SP INN.. Nama lain hotel ni ialah Amanpura..

Bagus juga stay 1 mlm lagi kat sungai petani ni.. dapat survey tempat untuk bwat reunion bulan 11 nnti.. sebelum ni ada contact SP INN ni utk tny rate dia.. katanya rate untuk standard room rm145 siap b.fast.. emm.. tgk pd harga dan pd gambar dalam laman web dia mmg agak berpatutan.. Jadinya, aku pun ambil peluang ni nak tengok dengan mata aku sendiri dan merasai sendiri keadaan hotel ini mcm mana..

Kami check in pkul 7.15 ptg pd hari Isnin..pada masa ni tak ramai orang datang bercuti.. masa kami check in, kami family yang ketiga rasanya check in.. haha.. pada mulanya rasa gembira bila kata harga bilik rm145 siap b.fast.. Mengikut research yg aku buat, ada byk facilities kat hotel ni,,Jom kita tengok apa yg kita dapat dengan harga rm145 ni,.

1st, mmg nampak ada swimming pool,. dah terbayang dah pagi esoknya nak bawak si kecik mandi pool.. hehe,, so, slah 1 facilities yg ada ialah swimming pool.. then kami pun masuk ke bilik.. rupanya bilik yg berharga rm145 ni bilik lama hotel ni yg di renovate smula.. bukan seperti mana yg ada dalam laman web.. kegembiraan di hati dah mula rasa menurun sikit..hahaha.. Gambar kat bawah ni adalah gambar bilik untuk standard room..







Pd pndapat aku, dengan harga rm145 sepatutnya boleh dpt bilik yg lebih baik.. tp sebab dengan bfast kira ok la.. swimming tu sbgai bonus la.. hehe..kenapa aku ckp mcm tu sebb perabotnya agak lama, 
ada plug letrik yg tidak boleh digunakan, suis yang digunakan suis lama.. nak cas hp, terpaksa off tv untuk psang charger hp.. haha.. Pintu bilik air plak susah nak kunci..haha..

Pada keesokkan harinya plak, kami pun pergi la b.fast, bila nak b.fast tiada makanan disediakan.. alamak!!! mcm mna ni.. rupanya, tak ramai yg menginap kat hotel ni, jadi buffet tidak disediakan..kena order..haha.. tempat makan dia agak luas dan selesa.. lagipun kami pernah makan malam kat sini..






Dah selesai makan, aku pun bawa la si kecik mandi pool.. hehe,,pool dia ada 2 bahagian yg terpisah, satu untuk kanak2, satu lagi utk dewasa.. swimming pool ok, not bad, cuma ada sikit2 lumut..mgkin belum cuci agknya.. tp bila mcm tuh, aku nak berendam pun rsa mcm xbest.. haha.. 



Begitulah kisahnya cerita ke utara.. emm.. secara keseluruhannya yg boleh aku katakan hotel ni ok la..not bad.. facilitiesnya agak lengkap.. cuma, pihak hotel perlu mengemaskini lagi keadaan hotel supaya pelanggan lebih rasa selesa.. 

Di bawah ni gambar bilik standard yg baru tp xmcm baru.. hehe.. tp harga yang diberi RM175..  ak xberani nak kata mahal ke murah cuma, di PARK AVENUE HOTEL boleh dapat harga RM164 dengan bilik yg lebih besar siap b.fast, dengan fasilities yg lebih baik.. mcm tu jgk di SWISS INN HOTEL boleh dapat harga RM177 siap b.fast,  dan facilities yg lebih sempurna.. 




Ahad, 20 September 2015

KAHWIN AINUN NASIBAH-SP PERLIS

BIG ORANGE HOTEL SP
Agak lama tidak menjenguk blog ni..dengan kesibukan kerja yg semakin bertambah sekian hari..kalau dulu orang kata kerja cikgu tu mudah.. tpi hari ini byk cbrn yg perlu diharungi..
Hari ni bukan nak cerita pasal tugas guru.. tp di waktu cuti sekolah ini, pasti mnjadi satu kbiasaan kita, menerima jmputan majlis kahwin..tidak ketinggalan saya juga mndapt undangan majlis pkhwinan.. kali ini, ke arah utara pula.. sy dapat undangan dari teman baik dan kami pernah bkerjasama dalam satu team..
Satu team dlm jejak insan.. menjalankn kursus marshal..juga merupakan shbt dlm team silat cekak pusaka hanafi..selamat pengantin baru ainun nasibah binti johar..
Rumahnya di nibong tebal..tp lepas bincang2 dgn shbt lain, maka kami pakat utk pergi majlis sebelah lelaki di kaki bukit perlis..jadinya sy membuat keputusan utk menginap di sp.. boleh la nak tengok2 tempat utk buat reunion classmate pd bulan november nnt..
Kali ini, sy telah pilih hotel yg sederhana..kerana bajet yg tidak begitu byk..lebih2 lagi bulan nov dan dec akan dtg lagi ke utara..sy pun survey2 hotel di internet dan di laman web trivago.. hotel? Trivago... hehe..
Terjumpa satu hotel baru di sp.. BIG ORANGE HOTEL namanya.. tengok pada gambar memang nampak hotelny baru..saya pun call utk dptkan harga.. rate utk standard room lebih kurang rm80 ke rm90.. utk family room yg boleh memuatkan 4 org dewasa harganya rm158.. utk govermant dpt 10% discount.. agak teruja bila dia kata ada discount utk governmant.. biasanya 3bintang ke atas je dpt discount..sy pun setuju dgn tawaran yg diberikan..
Maka tarikh 20hb 9, hari ahad, sy bersama isteri, anak, dan juga ibu bapa mertua bertolak dr batu pahat johor jam 3 ptg..semasa pjlanan, jumlah kenderaan mmg banyak, mmndangkn skrg ni musim cuti sekolah.. kami tiba di sungai petani jam 11 mlm..dan 11.15 kami check in hotel.. dr segi keadaan hotel mmg memuaskan.. mmg seperti baru beroperasi...bersih dan kemas.. breakfast juga disediakan tp terhad pilihan mknn.. dimaklumkan pilihan yg ada nasi lemak, nestum, biskut, roti bakar.. sedikit kekurangan, hotel ini tidak ada lift..bilĂ  masuk bilik mmg agak bpuas hati..keadaan bilik juga slesa dan kmas..tandas yg agak luas.. bertepatan dgn harga yg diberikan..bagi sesiapa yg singgah ke sungai petani, boleh cuba utk menginap di sini..

Keselesaan bilik - 5/5
Saiz bilik - 3.5/5
Facilities - 3.5/5
       -  no lift
       -  b.fast terhad
Harga - 4.5/5
Servis - 4/5

Ini dr pndangan sy terhadap Big Orange hotel..