Jumaat, 13 Mac 2015

BEREHAT SEKETIKA DI DESARU

PULAI DESARU

sekian lama tidak mengemas kini my blog. kesibukan kerja menyekat untuk buat aktiviti lapang macam ni.. ini pun kebetulan online sambil duk berbengkel frog vle untuk penyediaan bahan PdP subjek rbt. Kali ini apa yang nak di ceritakan, adalah percutian bersama keluarga tersayang pd cuti pertengahan persekolahan penggal pertama. akibat kekusutan kerja, penat, bebenan kerja dan sebagainya menyebabkan hati ini kuat untuk memberi ganjaran pd diri sndiri..kata orang self rewards.. mcm komputer jgk,,atau kereta..kita juga perlu berehart dan diberi servis.. minor servis dan major servis.. sebelum drpd kepala ni naik gila, baik kita cool down kan dia..

Memandangkan cuti xpanjang dan menjimatkan kos, kami sekeluarga bersetuju untuk ke Desaru.. kebetulan sebab kedudukannya tidak jauh dari rumah kami dan tempat kami bekerja.. perjalanan mengambil masa hanya 30 ke 45 minit sahaja.. perjalanan kami juga berjalan dengan lancar. kereta tidak begitu banyak. kami bertolak jam 6.15petang.. dan kami sampai di desaru jam 6.50 petang.

Kami tidak membuat sebarang tempahan hotel. kami sekadar membuat perbandingan antara laman web hotel. pd mulanya kami bercadang untuk menginap di Lotus Desaru.. tapi setibanya kami di sana, kami dapati memang ramai pengunjung. tujuan kami bercuti ni bukan nak having fun sangat, tapi lebih kepada nak relaxing. di lotus desaru ni ada taman tema air, nak sronok main air ok la.. harga pun berbaloi lagi, tidak begitu tinggi. kami tidak menjangka untuk menginap di Pulai Desaru, sebab harganya agak tinggi untuk kami.. untuk peak season harganya mencecah rm250-rm300 untuk 1 malam untuk 2 orang.. so kami pn pusing2 di kawasan sekitar desaru, dan akhirnya kami terpaksa buat keputusan untuk menginap di pulai desaru ini.. suasana di pulai desaru ini boelh dikatakan menenangkan..sesuai dengan tujuan kami untuk menenangkan fikiran.. saya dan spend lebih untuk penginapan..yang penting rasa selesa.. dan memang seperti yang dijangkan, tujuan kami tercapai.. memang rasa relax, orang tak ramai..so sesiapa nk relax, nak tenangkan fikiran boleh la ke pulai desaru, tapi spend la duit lbih sikit..hehe..

cuma kekurangan di desaru ini, orang tak ramai, dan suasananya agak suram..nak cari kedai makan pn mcm tak meyakinkan. tp masih ok.. kami pn tak ke mana.. duk hotel sahaja..bangun pagi, sarapan pastu pegi tepi laut, pastu mandi kolam, pastu balik bilik rehat, tengah hari kami check out.. agak memuaskan..

bawah ni, sedikit gambar kenangan semasa ke desaru..