sambungan cerita percutian cuti sekolah akhir tahun 2014.. seminggu selepas balik dari kelantan dan terengganu, kini kami ke pulau langkawi pula bersama family sebelah saya pula.. dalam masa yang sama juga, kami pulang ke kampung di kampung seriab,perlis. nenek yang semakin uzur,.
berbalik kepada cerita percutian kami, kali ini kami menetap di HAJI ISMAIL GROUP HOTEL..
siapa yg ke langkawi pasti biasa dengar haji ismail group ni, iaitu tempat kita membeli belah, terutamanya cokelat, yang menjadi kegilaan orang yang datang berkunjung ke langkawi.. difahamkan HIG ni, pemiliknya sememangnya orang islam.. warna tema yang diguna adalah hijau, melambangkan warna islam.. kini HIG telah memiliki sebuah hotel sendiri.. hotelnya terletak di pinggiran pekan kuah.. jalan menghala ke ayer hangat.. kami menginap di HIG hotel selama 3 hari 2 malam..
apa yang menarik tentang hotel ini, ialah hotel ini masih baru dan kemas, dalam bangunan yang sama ada tempat membeli belah.. jadinya, tak la kita penat sangat..lepas beli belah trus naik bilik, tido kalau penat.. haha.. selain itu, terdapat kemudahan awam di dalam kawasan atau perkarangan hotel ni.. surau tersedia, medan selera tersedia, teksi tersedia, gerai-gerai menjual cenderamata, baju, kasut, roti juga tersedia, kedai ala-ala 7e pn ada.. maka xrisau la kalo duk hotel ini.. mmg mnjimatkan, kerana hotel ini harga agak berpatutan, brakefast disediakan,.turun hotel ini je semua ada depan mata dh..jalan kaki je.. sewa keta untuk pusing2 langkawi sahaja,menziarah tempat2 yg mnarik..masa banyak di jimatkn sbnrnya.. di bawah ini ada saya sediakan bebrapa gmbr persekitran hotel..
reception
bilik standard sea view
bilik standard sea view
bilik standard sea view
bilik standard sea view
bilik standard sea view
medan selera dan bumbung gerai-gerai jualan dr pandangan dlm bilik
pandangan luar dari dalam bilik
pandangan luar dari dalam bilik
antara juadah makan malam di medan selera- pasembor
pelbagai pilihan juadah untuk makan malam
ruang makan hotel (breakfast)
ruang makan hotel (breakfast)
pandangan luar hotel
pandangan luar hotel