Rabu, 10 Disember 2014

JOM JALAN KELANTAN DAN TERENGGANU

HOLIDAY VILLA AND SUITES, KOTA BHARU KELANTAN
menjadi rutin sesebuah keluarga akan pergi bercuti pd cuti persekolahan. begitu juga aku. dari awal tahun dah rancang untuk bercuti ke kelantan pd cuti sekolah akhir tahun 2014 ni. tujuan asal nak pergi ke majlis perkahwinan 2 orang classmate msa kat maktab dulu.. sorang di tanah merah, dan seorang lagi di machang. cuma pada mulanya terfikir jgk, sebab ada baby kecil, risau jugak nak jalan jauh. dari johor ke kelantan bukan satu jarak yag dekat. akhirnya kami tetap teruskan dengan perancangan kami. bukan apa, member dua orang tu pun dah adjust tarikh baik punya supaya kami yg jauh-jauh ni boleh datang. lagipun mak dengan ayah mertua pun ikut, so tak la bimbang sangat.




kami bertolak pada 29hb 11, jam 10.30 pagi dari batu pahat, johor. tiba di wakaf che yeh, kelantan jam 10.30 malam. disebabkan ada baby kecil, dan perjalanan jauh, so kena berhenti beberapa kali. akhirnya sampai juga kami di tanah kelantan. percutian kali ini, sengaja aku pilih hotel yang lebih selesa berbanding hotel-hotel sebelum ini.. keutamaan aku adalah baby. untuk malam yang pertama ni ak menginap di Holiday Villa Kota Bharu yang terletak betul-betul depan wakaf che yeh. memang memuaskan, dan bersesuaian degnan  harganya. kalau tak silap hotel ni taraf 4 bintang. untuk standard room harganya rm220, tp kebetulan masa tu ada promotion untun Aeon member card, dapat la 180 untuk 1 bilik. bilik selesa dan memuaskan. jangan risau untuk sesiapa yang duduk hotel ini, hotel 3 bintang dan ke atas memang akan ada brakefast untuk 2 orang, dan di bilik ada chanel astro. menambahkan keseronokan, ada swimming pool. swimming pool dia di dalam bangunan dan terbuka, so tak kena panas dan boleh hirup udara segar sambil melihat persekitaran hotel dan wakaf che yeh dan sayup-sayup kelihatan bandar Kota Bharu.







CROWN GARDEN
malam kedua di kelantan, kami terpaksa ke hotel lain sebab di holiday villa penuh. so aku pun dah survey-survey lagi hotel lain, akhirnya kami memilih untuk bermalam di CROWN GARDEN HOTEL yg terletak di tengah bandar Kota Bharu. harganya juga berpatutan..kami dapat bilik untuk family room dengan harga rm280, muat untuk 3 orang..tambah rm50 untuk extra bed. dapat la brakefast untuk 4 org. kalau untuk standard room untuk 2 orang harga rm163.  bila masuk bilik family room ada 1 katil queen, dan super single. sebenarnya 2 katil tu dah cukup untuk 4 orang, extra bed sebab nak dapatkan extra kupon untuk b.fast tu. hehe. kalau tak silap hotel ni 3 bintang. keadaan hotel juga memuaskan dan selesa. berpadanan dengan harganya juga.








PRIMULA BEACH HOTEL, KUALA TERENGGANU.
setelah selesai ke majlis perkahwinan di tanah merah, kami terus berangkat ke kuala terengganu. hajat orang tua, nak singgah kuala terengganu. lagipun  kesian nak terus direct dari kelantan ke johor. mak mentua plak tulang blakangnya penah patah masa dia accident dulu, jadi mereka berhajat untuk bermalam di kuala terengganu. kami bertolak dari tanah merah lebih kurang jam 5 petang, setelah selesai solat asar. kami tiba di kuala terengganu pukul 6.45petang. pilihan hotel di sini plak, kami memilih hotel PRIMULA BEACH HOTEL. Hotel ni terletak betul-betul tepi pantai. hotel ini dah lama bertapak kat sini, tapi masih dijaga rapi. hotel ini bertaraf 4 @ 5 bintang kalo tak silap. aku penah ke hotel ni dulu masa kecil-kecil. sekarang tengok masih memuaskan. harganya pula untuk standard room yg kami amik, rm220 untuk 1 bilik siap brakefast. pilihan makann memang banyak. sangat puas hati. pada jam 11 pagi kami check out dan pergi pasar payang sekejap, dan pkul 2 kami trus berangkat pulang ke johor.